Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Taman Bacaan alu-alu campur tangan pemerintah isu hantaran media sosial Kedutaan Israel

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Taman Bacaan alu-alu campur tangan pemerintah isu hantaran media sosial Kedutaan Israel

Mar 27, 2024 | 06:16 PM



Hantaran di media sosial oleh Kedutaan Israel di Singapura yang dimuat naik pada 24 Mac adalah satu “serangan hebat” kepada perpaduan dan hormat yang wujud dalam kalangan masyarakat Singapura yang pelbagai, kata Presiden Taman Bacaan, Encik Abdul Halim Kader.

Justeru, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 27 Mac, beliau berkata Taman Bacaan menyokong campur tangan pemerintah untuk mengarah Kedutaan Israel agar memadamkan hantaran tersebut memandangkan ia tidak sesuai dan mempunyai potensi menjejas keamanan dan keharmonian negara.

“Kami mengalu-alukan usaha Encik Shanmugam (Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Undang-undang, Encik K Shanmugam) atas campur tangan segeranya yang menuntut pemadaman pos tersebut.

“Identiti Singapura sebagai masyarakat berbilang kaum dan agama berdiri sebagai bukti semangat toleransi, saling menghormati dan persefahaman yang sudah lama wujud,” kata Encik Abdul Halim.

Pada 24 Mac, Kedutaan Israel telah memuat naik satu hantaran di media sosialnya yang mendakwa bahawa kaum Yahudi merupakan penduduk asli Palestin berdasarkan sebutan dalam Al-Quran.

Sehari kemudian, hantaran tersebut dipadam selepas pemerintah Singapura campur tangan.

Bercakap kepada media pada 25 Mac, Encik Shanmugam, berkata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) telah bercakap dengan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 24 Mac dan memutuskan supaya Kedutaan Israel menurunkan hantaran tersebut dengan segera.

Menjawab pertanyaan The Straits Times (ST), seorang jurucakap kedutaan Israel berkata hantaran tersebut telah diterbitkan tanpa kebenaran dan orang yang bertanggungjawab telah dihukum.


Encik Abdul Halim berkata hantaran di media sosial yang tidak sensitif oleh Kedutaan Israel itu berpotensi mencetuskan tindak balas negatif di seluruh dunia.

Ia juga boleh menjejas segala usaha yang telah dilakukan untuk mengekalkan keharmonian, belas kasihan dan kemanusiaan di Singapura, tambahnya.

“Tindakan sedemikian adalah di luar batasan dan menjejas usaha kolektif pemimpin kita dan rakyat Singapura.

“Melangkah ke hadapan, kami menggesa semua pihak agar merenung kembali kesan tindakan mereka dan menegakkan prinsip yang penting demi keharmonian negara kita.

“Perpaduan sosial di Singapura yang berbilang kaum dan agama tidak datang secara semula jadi. Ia telah mengambil beberapa dekad untuk memupuk keharmonian yang kita ada hari ini,” kata Encik Abdul Halim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >