Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Shanmugam: Pos media sosial kedutaan Israel ‘tidak boleh diterima’, boleh jejas keamanan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: Pos media sosial kedutaan Israel ‘tidak boleh diterima’, boleh jejas keamanan

Pos tersebut mendakwa kaum Yahudi merupakan penduduk asli Palestin berdasarkan sebutan dalam Al-Quran
Mar 25, 2024 | 05:24 PM



Satu catatan media sosial oleh Kedutaan Israel di Singapura telah diturunkan selepas pemerintah Singapura campur tangan dan mengutarakan amaran agar pos tersebut dipadamkan.

Pos tersebut mendakwa kaum Yahudi merupakan penduduk asli Palestin berdasarkan sebutan dalam Al-Quran.

Mengecam pos itu semasa bercakap kepada media pada 25 Mac, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata beliau amat kecewa apabila mendapat tahu mengenai pos tersebut dan berkata ia “tidak boleh diterima sama sekali”.

Catatan tersebut diterbitkan di laman Facebook rasmi Kedutaan Israel di Singapura pada 24 Mac.

Berdasarkan pemeriksaan Berita Harian (BH), pos tersebut tidak boleh lagi diakses sekitar 1 pagi pada 25 Mac.


Namun, imej tangkap layar pos tersebut telah disebar dalam kalangan netizen, yang sebahagiannya mempersoal sama ada pos itu bertujuan mengganggu keamanan antara kaum dan agama di Singapura.

Catatan itu menyatakan:

“Israel disebut 43 kali dalam Al-Quran. Sebaliknya, Palestin tidak disebut sekali pun. Setiap bukti arkeologi – peta, dokumen, wang syiling, menghubungkan tanah Israel dengan orang Yahudi sebagai orang asli di tanah itu.”

Encik Shanmugam berkata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) telah bercakap dengan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 24 Mac dan memutuskan supaya Kedutaan Israel perlu menurunkan pos itu dengan segera.

“MHA telah meminta agar pos tersebut diturunkan dan kami telah memberikan pandangan kami dengan jelas kepada kedutaan Israel kerana ia tidak boleh diterima dari perspektif keselamatan dan keamanan di Singapura,” kata Encik Shanmugam, yang menambah bahawa pos tersebut boleh menjejas pelbagai masyarakat di Singapura.

Seorang jurucakap Kedutaan Israel memberitahu The Straits Times (ST) pos tersebut diterbitkan tanpa kebenaran dan orang yang bertanggungjawab telah dihukum.


Encik Shanmugam berkata pos itu salah pada banyak aspek dan merumuskannya kepada tiga perkara:

“Pertama, ia tidak sensitif dan tidak sesuai. Ia berisiko menjejas keselamatan, keamanan dan keharmonian kita di Singapura.

“Kedua, adalah salah untuk secara selektif merujuk kepada teks agama bagi membuat mesej politik. Lebih buruk lagi dalam keadaan sekarang ini bagi pihak Kedutaan Israel menggunakan Al-Quran untuk tujuan ini.

“Ketiga, catatan ini adalah suatu percubaan yang menghairankan untuk menulis semula sejarah,” kata Encik Shanmugam.

Bercakap kepada BH pada 24 Mac, Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, berkata:


“Adalah amat tidak wajar untuk merujuk kepada teks agama untuk menekankan pesanan politik. Kami telah menekankan perkara ini dengan jelas kepada Kedutaan Israel yang telah memadamkan pos itu,” kata Encik Balakrishnan.

Beliau menambah penulis pos tersebut harus melihat kepada penyelesaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan “melihat jika tindakan Israel dalam beberapa dekad yang lalu konsisten dengan undang-undang antarabangsa sebelum cuba menulis semula sejarah”.

Dalam pada itu, Encik Shanmugam berkata Singapura menjaga keselamatan dan keamanan semua orang di sini, termasuk golongan minoriti seperti orang Islam dan orang Yahudi.

Menurut beliau, terdapat masyarakat Yahudi yang amat mesra di Singapura, dan pos yang diterbitkan Kedutaan Israel itu boleh mencetus ketegangan dan membawa risiko kepada mereka, jika kemarahan yang tercetus di dalam talian ekoran pos itu merebak ke ruang fizikal.

Beliau menambah kedutaan lain pernah mengeluarkan kenyataan masing-masing, yang Singapura mungkin tidak bersetuju, tetapi secara amnya pemerintah tidak campur tangan kerana setiap kedutaan mewakili negara berdaulat yang mempunyai autonomi.

Bagaimanapun, beliau berkata “di mana ia menjejas keselamatan dan keamanan orang di Singapura, keamanan dan keharmonian yang kita nikmati”, pemerintah akan campur tangan.

Dalam satu catatan berasingan di Facebook pada 25 Mac, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata pos tersebut tidak sensitif dan bertentangan dengan semangat saling hormat-menghormati dan persefahaman di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >