Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Masagos: Pos Kedutaan Israel tidak sensitif, boleh cetus perselisihan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Pos Kedutaan Israel tidak sensitif, boleh cetus perselisihan

Mar 25, 2024 | 05:33 PM



Pos media sosial yang diterbitkan Kedutaan Israel di Singapura pada 24 Mac “tidak sensitif dan tidak sesuai”, dan boleh menjejas kepercayaan di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di Singapura, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Pos tersebut merujuk pada al-Quran untuk membuat dakwaan orang Yahudi merupakan penduduk asli Palestin.

Menulis di Facebook pada 25 Mac, Encik Masagos berkata beliau berasa amat marah dan kecewa apabila melihat pos tersebut.

“Pos kedutaan Israel menyentuh perkara sensitif bagi rakyat Singapura dan umat Islam.

“Ia sangat tidak sensitif dan tidak menghormati serta bertentangan dengan semangat saling hormat menghormati dan persefahaman yang telah kita bina di Singapura dengan sangat gigih dan kerja keras selama ini,” kata Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga.

Pos tersebut menyatakan:

“Israel disebut 43 kali dalam Al-Quran. Sebaliknya, Palestin tidak disebut sekali pun. Setiap bukti arkeologi - peta, dokumen, wang syiling, menghubungkan tanah Israel dengan orang Yahudi sebagai orang asli di tanah itu.”

Seorang jurucakap Kedutaan Israel memberitahu The Straits Times pos itu telah diterbitkan tanpa kebenaran dan orang yang bertanggungjawab telah dihukum.


Encik Masagos berkata tiada siapa boleh membuat tafsiran yang menyinggung perasaan orang lain, terutama menggunakan teks agama untuk menekankan pesanan politik.

Beliau menambah, tidak sesiapa, sama ada warga Singapura atau orang asing, boleh melakukan atau berkata apa-apa yang boleh mengganggu keharmonian sosial yang begitu berharga di Singapura.

Bercakap kepada media pada 25 Mac, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam berkata pemerintah telah beritahu Kedutaan Israel untuk memadamkan pos itu.

Pos itu, yang diterbitkan di laman Facebook Kedutaan Israel pada 24 Mac tidak lagi boleh diakses sekitar 1 pagi pada 25 Mac berdasarkan pemeriksaan Berita Harian (BH).


Encik Masagos menggesa agar pihak awam bersikap tenang, sivil dan terus memelihara kepercayaan, keamanan dan keharmonian antara masyarakat.

Ini walaupun beliau akur ada pihak yang masih berasa marah.

“Kita telah mengambil tindakan tegas pada masa lalu terhadap mereka yang melanggar undang-undang dan norma yang memelihara keharmonian agama Singapura.

“Oleh kerana ini melibatkan sebuah kedutaan yang mengikut norma-norma diplomatik, MFA mengambil langkah-langkah tegas untuk menekankan perkara itu dan pihak kedutaan kemudian segera memadamkan pos tersebut,” kata Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >