Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pemimpin Melayu/Islam hargai jasa bakti PM Lee kepada negara, masyarakat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemimpin Melayu/Islam hargai jasa bakti PM Lee kepada negara, masyarakat

Apr 15, 2024 | 08:14 PM



Pemimpin Melayu/Islam di Singapura meluahkan penghargaan mereka kepada Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, di atas sumbangannya kepada negara dan masyarakat sepanjang khidmatnya selama 20 tahun dalam jawatan tersebut.

Mereka turut menyuarakan keyakinan dan sokongan mereka kepada Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dalam usaha berterusan membangunkan Singapura yang makmur serta masyarakat yang berdaya tahan.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengumumkan pada 15 April bahawa Encik Lee akan mengundur diri pada 15 Mei, dan Encik Wong akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keempat Singapura pada hari yang sama.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), meluahkan penghargaannya kepada Encik Lee di atas kepimpinannya yang teguh, dan komitmennya yang tidak berbelah bagi terhadap kesejahteraan rakyat.

“Komitmennya dan kerja kerasnya membentuk Singapura menjadi masyarakat yang makmur, berdaya tahan dan harmonis,” katanya.

Dr Maliki turut meluahkan rasa yakinnya terhadap kepimpinan Encik Wong sedang beliau melangkah ke dalam peranan baru lagi penting sebagai perdana menteri Singapura.

“Sebagai sebahagian daripada pasukan 4G, kami akan terus bekerja keras untuk membangunkan Singapura yang boleh dibanggakan oleh generasi Singapura masa kini dan akan datang,” katanya.

Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, berkata Encik Lee bukan sahaja telah mengekalkan legasi pendahulunya, bahkan memperhebatkan kehadiran Singapura di persada dunia.

“Kepimpinan beliau telah meningkatkan reputasi antarabangsa kita, menjadikan Singapura sebagai pengantara dan rakan kongsi unggul di seluruh dunia, mengukuhkan status kita sebagai hab global,” kata Encik Zaqy.

Beliau menambah Encik Lee telah menunjukkan komitmennya terhadap perpaduan sosial terutama ketika berlaku kepentingan yang berpecah-belah, dan melalui tempoh mencabar yang termasuk kemelesetan ekonomi, pandemik atau ketegangan masyarakat.

“Beliau telah memperjuangkan dasar yang memastikan semua warga Singapura, tanpa mengira status sosio-ekonomi, berpeluang untuk berkembang maju.

“Hari ini, kita telah meluaskan jaringan keselamatan sosial dan saya rasa bertuah dapat memainkan peranan apabila (Encik Lee) mengumumkan penambahbaikan kepada dasar Gaji Progresif di Rapat Hari Kebangsaan 2021, untuk meningkatkan kehidupan pekerja bergaji rendah dan merapatkan ketidaksamaan pendapatan,” kata Encik Zaqy.

Anggota Parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio, Cik Nadia Ahmad Samdin, pula berkongsi pengalamannya berkhidmat kepada penduduk kawasan undi bersama Encik Lee.

“Saya berpeluang belajar daripada kepimpinan anda melalui tindakan anda. Betapa mesranya anda selama 40 tahun berdedikasi kepada penduduk.

“Saya menyaksikan sendiri bagaimana penduduk Ang Mo Kio kita amat menyayangi anda, sehingga mereka sering kali bertanya saya semasa saya menemui mereka di pasar ataupun apabila saya mengunjungi mereka: “PM apa khabar? Sihat? Kirim salam dia ya!”

“Kebolehan anda untuk bertutur dalam pelbagai bahasa telah membolehkan anda untuk mendekati, menyantuni dan menyentuh hati ramai penduduk kita,” kata Cik Nadia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >