Bagaikan kembali ke satu era hampir 40 tahun lalu, di mana sebilangan hadirin konsert baru sahaja meniti usia remaja dan berada di bangku sekolah menengah.
Sedang saya teringatkan kaset Debbie Gibson, Electric Youth, yang dibeli di gedung muzik sekitar Plaza Singapura yang sudah tidak lagi wujud, kedengaran seorang wanita 50-an tahun di depan saya yang menceritakan kepada rakannya tentang pengalaman meniru gaya Gibson, kini 53 tahun, menari ligat dalam klip videonya.