Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Jumlah kerja kosong S’pura naik 79,800 pada 2023

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah kerja kosong S’pura naik 79,800 pada 2023

Kadar kemasukan semula pekerja pula turun
pada suku keempat
Mar 14, 2024 | 03:53 PM



Jumlah kerja kosong di Singapura meningkat sedikit pada suku keempat (Q4) 2023, manakala bilangan pekerja yang berjaya mendapat pekerjaan baru dalam tempoh enam bulan selepas diberhentikan juga menurun dalam tempoh yang sama, menurut Laporan Pasaran Pekerja yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada 14 Mac.

Jumlah kerja kosong meningkat kepada 79,800 pada Disember 2023, berbanding 78,200 pada September 2023, selepas jatuh sepanjang enam suku berturut-turut sejak ia memuncak pada 124,400 pada Mac 2022.

Nisbah pekerjaan kosong berbanding penganggur juga meningkat kepada 1.74 pada Disember 2023, trend yang meningkat sejak Mac 2021 apabila ia mencecah 0.96, yang MOM sifatkan sebagai “pasaran pekerja yang agak ketat”.

“Dengan peningkatan dalam pekerjaan kosong dan kadar pengangguran yang rendah, pasaran pekerja kekal padat sederhana dan nisbah pekerjaan kosong kepada penganggur meningkat kepada 1.74 pada Disember 2023.”

“Melihat ke hadapan, kami menjangkakan permintaan buruh akan bertambah kukuh, sejajar dengan unjuran prospek pertumbuhan ekonomi yang lebih baik pada 2024,” MOM.

Terdapat juga penurunan dalam kadar pekerja yang berjaya memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas diberhentikan kerja.

Sebanyak 61.5 peratus pekerja yang diberhentikan berjaya mendapat pekerjaan baru dalam tempoh enam bulan selepas diberhentikan pada Q4 2023, berbanding 65.3 peratus suku sebelumnya.

Walaupun begitu, MOM berkata tinjauannya menunjukkan peningkatan dalam sentimen perniagaan di samping unjuran Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) mengenai prospek pertumbuhan ekonomi yang lebih baik untuk 2024.

“Lebih ramai majikan mempunyai rancangan untuk membayar atau menaikkan gaji pada 2024. Dengan cabaran global yang berterusan, kami juga menjangkakan penstrukturan dan penyusunan semula perniagaan akan diteruskan, yang mungkin menyumbang kepada pemberhentian selanjutnya.

“Pemerintah dan rakan kongsi tiga pihak menggalakkan dan menyokong majikan dan pekerja untuk meneruskan transformasi perniagaan dan peningkatan kemahiran,” kata MOM.

Menurut MOM lagi, majikan harus menggunakan Peta Transformasi Pekerjaan (JTM) untuk memahami bagaimana perniagaan dan permintaan pekerjaan mereka mungkin berubah sebagai tindak balas kepada trend sektoral.

Ia juga menggesa syarikat untuk memanfaatkan skim sokongan pemerintah sedia ada yang akan membantu mereka mengubah dan mereka bentuk semula pekerjaan, serta meningkatkan kemahiran semula pekerja mereka untuk mengambil peranan baru.

“Majikan boleh memanfaatkan Sokongan untuk Reka Semula Pekerjaan di bawah Geran Penyelesaian Produktiviti (PSG-JR) dan Geran Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).

“Majikan boleh memanfaatkan Program Penukaran Kerjaya (CCP) Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) yang menyediakan sehingga 90 peratus sokongan gaji kepada majikan untuk melatih pekerja baru atau pekerja sedia ada untuk peranan pekerjaan baru atau dipertingkatkan,” kata MOM.

Ia juga menggesa pekerja untuk melengkapkan diri dengan lebih baik dengan membuat latihan termaklum, reka bentuk kerjaya dan merancang untuk masa depan mereka.

Ini termasuk menggunakan ciri CareersFinder di portal kerja MyCareersFuture dan mendapatkan perkhidmatan padanan kerjaya yang ditawarkan oleh WSG dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >