Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pakar ekon sektor swasta tingkat ramalan pertumbuhan 2024

Tinjauan MAS: GDP S’pura dijangka tumbuh 2.4%
Mar 13, 2024 | 03:12 PM



Pakar ekonomi sektor swasta meningkatkan ramalan pertumbuhan 2024 mereka bagi ekonomi Singapura di tengah-tengah harapan terdapat peningkatan dalam permintaan global, pemulihan dalam sektor elektronik dan pertumbuhan yang lebih kukuh di China.

Pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura untuk 2024 diunjurkan pada 2.4 peratus, meningkat daripada ramalan 2.3 peratus sebelum ini, menurut tinjauan suku tahunan peramal profesional yang dikeluarkan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada 13 Mac.

Pakar ekonomi juga menjangkakan ekonomi tumbuh sebanyak 2.6 peratus pada suku pertama 2024 berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Sebanyak 71 peratus daripada 23 pakar ekonomi dalam tinjauan itu mengungkapkan pertumbuhan global yang lebih baik daripada dijangkakan bagi 2024 sebagai faktor positif paling berkemungkinan untuk prospek ekonomi Singapura.

Sebaliknya, kebanyakan pakar ekonomi mengungkapkan pertumbuhan luaran yang lebih perlahan daripada dijangkakan dan ketegangan geopolitik yang meningkat sebagai risiko kepada prospek ekonomi.

Responden juga mengetengahkan tekanan inflasi dan kekecewaan terhadap prospek pertumbuhan China sebagai risiko utama lain.

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) telah meramalkan bahawa ekonomi Singapura akan berkembang antara 1 peratus dengan 3 peratus pada 2024 sedang sektor berkaitan perdagangan bertambah baik secara sederhana.

Bagaimanapun, MTI juga mengetengahkan risiko bahawa kesan kumulatif kadar faedah yang lebih tinggi dan ekonomi China yang lebih perlahan daripada dijangkakan mungkin boleh menyebabkan pertumbuhan sejagat secara keseluruhan tertekan.

Responden juga memberikan ramalan sulung mereka bagi 2025, dengan GDP tahun depan diramalkan tumbuh sebanyak 2.5 peratus.

Kebanyakan pakar ekonomi juga berharap bahawa kedua-dua inflasi semua barangan dan inflasi teras – yang tidak termasuk kos pengangkutan privet dan penginapan – akan berkurang pada 2024.

Mereka meramalkan inflasi semua barangan, atau inflasi utama, sebanyak 3.1 peratus bagi seluruh tahun – turun daripada 3.4 peratus dalam tinjauan pada Disember.

Sementara itu, inflasi teras diramalkan pada 3 peratus – tidak berubah daripada tinjauan sebelumnya.

MAS menganggarkan bahawa kedua-dua inflasi utama dan inflasi teras mungkin mencapai antara 2.5 peratus dengan 3.5 peratus pada 2024.

Bagi pasaran pekerja, responden tinjauan itu menjangkakan kadar pengangguran mencapai 2.1 peratus menjelang akhir tahun – tidak berubah daripada tinjauan sebelumnya.

Data Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menunjukkan kadar pengangguran keseluruhan ialah 1.9 peratus pada 2023, manakala kadar pengangguran penduduk gabungan warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) ialah 2.7 peratus.

Tiada seorang pun responden yang menjangkakan sebarang perubahan dalam pendirian dasar kewangan ketat MAS dalam semakan April 2024 yang akan datang.

Bagaimanapun, ada yang meramalkan bahawa pendirian itu akan mula beralih ke arah pelonggaran dalam semakan Julai dan Oktober.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >