Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kadar pengambilan pekerja naik 88,400, pengangguran kekal rendah pada 2023

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar pengambilan pekerja naik 88,400, pengangguran kekal rendah pada 2023

Mar 14, 2024 | 03:49 PM



Kadar pengambilan pekerja di Singapura meningkat 88,400 pada 2023 – didorong kemasukan pekerja asing – sedang kadar pengangguran di kalangan penduduk kekal rendah, di paras 2.8 peratus, tahun lalu.

Menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam Laporan Pasaran Pekerja suku keempat (Q4) 2023 pada 14 Mac, sebahagian besar atau 83,500 yang diambil bekerja merupakan pekerja bukan penduduk bagi mengisi keperluan dalam sektor pembinaan dan perkilangan.


Laporan itu juga mendedahkan pengambilan pekerja penduduk, iaitu warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) kekal tinggi, meningkat 4,900 orang, terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan profesional.

Pertumbuhan pekerja tahun lalu dianggap positif memandangkan negara ini menghadapi tekanan global dan persekitaran inflasi,

Pada Q4 2023, jumlah pengambilan pekerja berkembang bagi suku kesembilan berturut-turut, iaitu 400 bagi penduduk dan 7,000 pekerja bukan penduduk, jauh lebih rendah daripada suku sebelumnya, iaitu 2,800 penduduk dan 20,800 pekerja migran.

MOM berkata, penyederhanaan itu bukan di luar jangkaan kerana jangkaan pengambilan pekerja lebih lemah dan kemerosotan kerja kosong daripada suku sebelumnya menunjukkan permintaan tenaga kerja kian berkurangan.

Ia menambah, pertumbuhan pengambilan pekerja dalam kalangan penduduk pada Q4 2023 terutamanya datang daripada sektor perdagangan runcit, perkhidmatan makanan dan minuman, dan seni, hiburan dan rekreasi.

Jumlah pemberhentian pekerja pada 2023, bagaimanapun, melonjak lebih dua kali ganda kepada 14,590 orang, daripada 6,440 pada 2022. Namun, jumlah itu sama seperti paras purata prapandemik antara 2015 hingga 2019.

Peningkatan ini sebahagian besarnya disebabkan sektor seperti perdagangan borong, perkhidmatan maklumat dan komunikasi, dan perkilangan elektronik, yang menjalani penyusunan semula perniagaan disebabkan kesan halangan ekonomi global.

Pada Q4 2023, bilangan pemberhentian kerja turun kepada 3,460 orang, berbanding 4,110 pada Q3 2023, sebahagian besarnya disebabkan kurang pemberhentian dalam sektor perdagangan borong.

Kadar pengambilan pekerja sebanyak 88,400 pada 2023 merupakan 2.5 kali lebih rendah daripada 227,800 orang pada 2022, apabila pasaran pekerja menunjukkan prestasi sangat baik, berbanding tahun-tahun sebelumnya, kerana Singapura berada di kemuncak pemulihan pascaCovid-19.

Dalam tempoh itu, Singapura menyaksikan pertumbuhan pengambilan pekerja dan pekerjaan tertinggi, dan kadar pemberhentian sangat rendah

Bercakap kepada media pada 14 Mac, Pengarah Jabatan Penyelidikan dan Perangkaan Tenaga Manusia, Encik Ang Boon Heng, berkata pertumbuhan lebih rendah pada 2023 disebabkan pengembalian ke tahap prapandemik dan halangan yang dihadapi sektor berorientasikan eksport.

“Pada 2022, kami telah menyatakan bahawa kita akan melihat penyederhanaan prestasi pasaran pekerja pada 2023. Ini kerana akan sentiasa ada pengembalian ke keadaan stabil atau paras normal angka prapandemik.

“Satu lagi ialah kita melihat bahawa ekonomi akan menghadapi beberapa masalah dalam sektor tertentu, sektor berorientasikan eksport, pemborong dan perkilangan,” kata Encik Ang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >