Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Hiba iringi pengebumian 2 mangsa nahas di Tampines

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hiba iringi pengebumian 2 mangsa nahas di Tampines

Apr 23, 2024 | 08:53 PM



Dua mangsa yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Tampines pada 22 April – Allahyarhamha Afifah Munirah Muhammad Azril, 17 tahun, dan Allahyarhamha Norzihan Juwahib, 57 tahun – telah selamat dikebumikan.

Jenazah mereka dikebumikan di Pusara Aman pada petang 23 April.

Jenazah Allahyarhamha Afifah, pelajar Maktab Rendah Temasek (TJC), dibawa pulang ke kediamannya di Pasir Ris Street 71 untuk dimandikan dan dikafankan sebelum di bawa ke Masjid Al-Istighfar untuk sembahyang jenazah.

Jenazah Allahyarhamha Norzihan pula telah dibawa terus ke Masjid Pusara Aman, di mana kaum keluarga serta rakan-rakan termasuk rakan sekerja dari syarikat First Choice Pest Control, sedang menanti.

Cuaca mendung menyelubungi suasana yang suram dan sugul di tanah perkuburan ketika jenazah kedua-dua mangsa dikebumikan pada waktu yang berbeza.




@beritahariansg

Jenazah Allahyarhamha Norzihan Juwahib selamat disemadikan di Pusara Aman. Seramai 100 orang hadir, termasuk keluarga dan rakan sekerja Allahyarhamha.

♬ original sound - Berita Harian - Berita Harian



Antara mereka yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir termasuk Encik Azman Mohd, rakan setugas Allahyarhamha Norzihan, yang berada bersama dalam kenderaan milik syarikat ketika kejadian berlaku.

Kemalangan tersebut meninggalkan kesan yang mendalam bagi Encik Azman, 40 tahun.

Walaupun tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal yang serius, namun detik kejadian yang mengerikan itu telah meninggalkan parut dan luka yang sukar dihilangkan dalam ingatan beliau.

“Semuanya terjadi dengan begitu pantas… arwah sedang duduk di bahagian belakang van yang kami naiki, dan saya di bahagian tempat duduk penumpang di hadapan bersama rakan kami yang memandu van.

“Kami sedang berbual antara satu sama lain seperti biasa ketika dalam perjalanan ke kerja, dan tiba-tiba kenderaan kami dilanggar.

“Impak pelanggaran itu terlalu kuat hingga menyebabkan Arwah tercampak ke bahagian belakang van,” kata Encik Azman.

Sejurus selepas pelanggaran – yang turut libatkan lima kenderaan lain, Encik Azman berkongsi bahawa perkara pertama yang dilakukannya adalah untuk memeriksa keadaan Allahyarhamha Norzihan.

Beliau dapati rakannya itu sudahpun terbujur kaku dengan darah mengalir dari hidung dan mulutnya.

“Saya cuba memeriksa nadinya dan melihat sama ada masih ada tanda bernafas,” tambah Encik Azman lagi yang turut cuba memberikan Allahyarhamha Norzihan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) setelah membawanya keluar dari kenderaan.

Berita Harian (BH) cuba mendapatkan gambar Allahyarhamha Norzihan daripada keluarganya tetapi belum menerimanya sehingga akhbar ini dicetak.


Seorang saksi, Encik Muhammad Rosman Abdul Razak, 45 tahun, dan anak sulungnya, Aaliya Muhammad Rosman, 16 tahun, berkongsi bahawa mereka adalah antara yang pertama menghulurkan bantuan di lokasi.







Ketika ditemui BH di kediaman Allahyarhamha Afifah di Pasir Ris Street 71, Encik Rosman berkata beliau berada dua kenderaan di belakang kereta Encik Azril apabila kemalangan berlaku.

Beliau hadir di kediaman arwah untuk memberi penghormatan dan menjelaskan kepada keluarga arwah bantuan yang telah dihulurkannya.

Menurut Encik Rosman, beliau bergegas keluar dari keretanya untuk menghulurkan bantuan kepada kereta Encik Azril, yang terbalik dek pelanggaran itu.

Beliau menjelaskan Encik Azril berada di tempat duduk pemandu dan dalam keadaan terbalik, manakala ruang duduk penumpang belakang didapati kosong, sebelum beliau berusaha melepaskan Encik Azril daripada posisinya.

“Ketika saya menarik beliau keluar dari kereta, beliau meminta saya untuk mencari anak beliau. Saya cuba menenangkan dirinya dan memberitahunya untuk berehat tunggu paramedik,” ujarnya.

Beliau kemudian membuat beberapa pusingan di tempat kejadian sebelum menemui Allahyarhamha Afifah tertindih di bawah kereta putih.

Beliau yang mempunyai pertauliahan dan sijil bantuan kecemasan, menambah: “Setelah menilai keadaan, saya tidak melakukan CPR kerana ia mungkin memudaratkan lagi keadaannya.


“Saya rasa tidak berdaya yang saya tidak dapat berbuat apa-apa. Ini satu beban yang perlu saya tanggung.”


Dalam respons kepada Berita Harian (BH) pada 22 April, polis menyatakan tiga pemandu lelaki berusia antara 42 dengan 48 tahun, pemandu van berusia 64 tahun, penumpang bas mini berusia 11 tahun dan penumpang sebuah kereta berusia 11 tahun dikejarkan ke hospital dalam keadaan sedar susulan kemalangan itu.


Polis turut menyatakan pemandu kereta, wanita berusia 42 tahun, dan penumpang van, lelaki berusia 39 tahun, mendapatkan rawatan di hospital secara sendiri.


“Pemandu kereta, lelaki berusia 42 tahun, yang dikejarkan ke hospital sedang membantu dalam siasatan,” kata polis sambil menambah siasatan sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >