Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kelas mengaji tidak sama lagi setelah pemergian cucu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelas mengaji tidak sama lagi setelah pemergian cucu

Apr 23, 2024 | 08:01 PM



Sesi mengaji merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan Encik Mohamed Kassim Yusoff kerana beliau dapat titipkan ilmu dan meluangkan masa bersama cucu-cucunya.

Ini terutamanya bersama cucu tersayang, Afifah Munirah Muhammad Azril – yang menurutnya insan cerdik dan cepat menyerap ilmu – serta kededua adik Afifah, pasangan kembar Alya Nashwa dan Alya Najihah, 14 tahun.

Namun, sesi mengaji bersama Afifah hanya tinggal kenangan dan akan terasa lebih janggal buat pesara berusia 71 tahun itu setelah Afifah terkorban dalam satu nahas jalan raya pada 22 April sebelah pagi.

Arwah, anak sulung berusia 17 tahun, merupakan salah satu daripada dua mangsa yang terkorban dalam kemalangan melibatkan enam kenderaan di persimpangan Tampines Avenue 4 dan Tampines Avenue 1 – seorang lagi ialah Allahyarhamha Norzihan Juwahib berusia 57 tahun.

Menurut pihak polis, ia telah dimaklumkan tentang kemalangan di lokasi terbabit yang melibatkan empat kereta, sebuah van dan sebuah bas mini pada 7.05 pagi.

Encik Kassim mengesahkan bapa Allahyarhamha Afifah, Encik Muhammad Azril Mahmood, dalam keadaan stabil dan masih menjalani rawatan susulan di Hospital Besar Changi (CGH).

Beliau menambah Encik Azril merupakan pemandu kereta yang terbalik dalam nahas itu, manakala arwah merupakan penumpang yang dikatakan duduk di tempat duduk belakang kereta.







Ketika ditemui Berita Harian (BH) di kediaman arwah di Pasir Ris Street 71 pada 23 April, Encik Kassim menjelaskan:


“Kami baru sahaja berkumpul bagi Hari Raya 21 April di rumah pak ciknya. Saya sering ke rumah arwah untuk ajar mengaji kepada arwah dan adik-beradiknya.

“Tetapi Allah lebih menyayanginya. Sesi mengaji nanti sudah tak macam dulu lagi.”

Encik Azril sedang menghantar arwah, ibunya iaitu Cik Raudah Mohamed Kassim, dan salah satu adiknya ke tempat kerja dan sekolah masing-masing sekitar 7 pagi, yang ini telah menjadi rutin harian bagi Encik Azril, tambah beliau.

Apabila disantuni BH, ibu arwah meminta agar diberi ruang privasi.

Encik Kassim berkata arwah merupakan penumpang terakhir yang dihantar bapanya dan mereka sedang dalam perjalanan dari Sekolah Menengah Pasir Ris Crest ke Politeknik Temasek (TP) untuk menyertai acara lari rentas negeri apabila malang tidak berbau.

Encik Kassim, yang menetap di Punggol, berkata beliau sedang dalam perjalanan pulang dari solat Subuh di Masjid Al-Islah apabila mendapat tahu tentang berita tragik itu sekitar 7.30 pagi.

Encik Kassim menyifatkan perwatakan Allahyarhamha Afifah – pelajar tahun pertama Maktab Rendah Temasek (TJC) – sebagai seorang yang periang dan aktif dalam kegiatan kokurikulum (CCA).

Mentelah dalam satu hantaran di Facebook TJC pada 23 April, arwah merupakan ketua pelajar dan anggota Kumpulan Kebudayaan Melayu.







Guru yang bertanggungjawab bagi kumpulan itu, Cik Elina Abdul Rashid, berkata: “Allahyarhamha Afifah seorang yang sangat bersemangat tentang budaya Melayu dan dengan keberadaannya, rakan-rakan dia kelihatan riang kerana arwah sering membawa gelak ketawa dan keriangan.”

Arwah juga bekas pelajar Sekolah Menengah Perempuan Cedar dari 2020 hingga 2023 dan pernah menjadi anggota Pandu Puteri semasa menuntut di sana.

Berkongsi mengenai impian arwah, Encik Kassim menyatakan Allahyarhamha Afifah bercita-cita menjadi seorang doktor sejak di bangku sekolah rendah dan mata pelajaran Sains merupakan antara subjek yang dia cemerlang.

Lebih 200 orang – terdiri daripada rakan-rakan sekolah, guru-guru, kenalan dan keluarga terdekat – hadir untuk memberikan penghormatan terakhir di kediaman arwah.

Allahyarhamha Afifah selamat dikebumikan di Pusara Aman sekitar 5 petang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >