Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada bukti jabatan kewartawanan SPH Media terlibat

Jun 21, 2023 | 07:53 PM



Siasatan ke atas angka edaran berlebihan yang dijalankan oleh jawatankuasa audit dan risiko (ARC) SPH Media Group mendapati bahawa tidak ada bukti penglibatan jabatan kewartawanan dan editorial dalam perkara tersebut.

Dapatan itu telah dimuatkan dalam laporan siasatan tersebut, yang selesai dijalankan pada 16 Jun, dan kini boleh dibaca di laman web SPH Media. Siasatan itu antara lain mendapati SPH telah melebihkan jumlah edaran hariannya sebanyak 82,600 menggunakan data dari Ogos 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPH Media, Cik Teo Lay Lim, semasa taklimat dalaman pada Rabu berkata beliau, sama seperti pekerja lain, turut bimbang tentang mereka yang menganggap SPH Media tidak boleh dipercayai berikutan insiden itu.

“Satu-satunya perkara yang boleh saya katakan ialah jika kita melihat perkara ini dan kita melakukan sesuatu mengenainya, saya harap mereka yang munasabah dan adil di luar sana akan percaya bahawa kita semua mahu melakukan apa yang betul dan apa yang bertanggungjawab,” katanya.

ARC, dengan mengambil kira penemuan penasihat undang-undang dari Allen & Gledhill yang ditugaskan untuk membantu dalam siasatan itu, telah mengemukakan beberapa saranan untuk SPH Media pertimbangkan.

Ia menyarankan agar laporan polis difailkan kerana polis berhak menentukan sama ada terdapat sebarang kesalahan yang timbul daripada perkara yang ditemui dalam siasatan itu.

Jawatankuasa itu juga menyarankan agar kaedah melaporkan bilangan pembaca ditanda aras kepada piawaian yang diterima di peringkat antarabangsa dan diaudit oleh pihak ketiga bebas.

ARC turut menyarankan agar kaedah itu dicatat dengan jelas dalam garis panduan dan diberikan kepada semua pekerja SPH Media Group, dan disemak secara kerap untuk memastikan pematuhan dengan piawaian antarabangsa bagi melaporkan jumlah edaran.

Cik Teo berkata SPH Media Group kini sedang mengadakan perbincangan dengan pihak tertentu untuk memastikan, antara lain, kaedah yang sebaik-baiknya digunakan untuk menentukan bilangan pembaca.

Jawatankuasa itu juga berkata SPH Media Group harus mengambil peluang ini untuk menilai budaya risikonya, mempertingkatkan amalan pengurusan risiko dan secara beterusan memperbaiki proses dan kawalan dalamannya.

Ini termasuk membangunkan budaya di mana orang ramai merasakan mereka boleh bercakap secara terbuka tentang risiko dan mencabar orang lain, termasuk mereka yang mempunyai jawatan yang lebih tinggi, yang kemudiannya harus menangani sebarang keprihatinan secara positif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >