Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SPH Media buat laporan polis susuli siasatan mengenai data edaran

Jun 21, 2023 | 06:42 PM



SPH Media Group telah membuat laporan polis pada Rabu setelah beberapa perkara yang mungkin bersifat kesalahan ditemui dalam siasatan jawatankuasa audit dan risiko (ARC) ke atas angka edaran yang ditambah.

Langkah itu diambil menyusuli saranan daripada ARC itu, yang ditugaskan oleh lembaga SPH Media Holdings, dalam laporan siasatan yang dikongsi di laman web SPH Media dengan beberapa butiran dikeluarkan.

Dalam satu taklimat dalaman untuk penerbitan SPH Media, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPH Media Group, Cik Teo Lay Lim, berkata dengan laporan polis yang difailkan itu, pihaknya tidak akan mengulas lebih lanjut bagi mengelak daripada membuat spekulasi.

Pengerusi ARC, Encik Max Loh, berkata laporan polis itu tidak dibuat terhadap individu atau entiti tertentu tetapi terdiri daripada dapatan siasatan yang dijalankan.

“Kami tidak boleh berkata lebih daripada itu, kerana ia akan menjejaskan siasatan polis. Kami telah membentangkan apakah isu atau penemuannya,” katanya, sambil menambah perkara itu kini diserahkan kepada polis untuk menentukan langkah seterusnya yang perlu diambil.

Ditanya mengenai kesalahan tertentu yang dibentangkan dalam laporan itu tetapi disembunyikan butirannya, Encik Loh berkata bukan tugas ARC untuk menentukan kesalahan itu tetapi polis mempunyai akses kepada laporan penuh.

Berita mengenai jumlah edaran yang berlebihan itu tersebar selepas beberapa kakitangan kanan SPH Media meninggalkan syarikat itu setelah audit dalaman bagi tempoh September 2020 hingga Mac 2022 menemui perkara tidak konsisten dalam melaporkan data edaran.

SPH Media berkata ia telah mengambil tindakan ke atas tujuh pekerja berhubung perkara itu pada akhir Disember 2022. Empat daripada mereka telah meninggalkan syarikat itu. Tiga lagi diberikan surat amaran.

Pada Januari 2023, ARC ditugaskan menyiasat isu itu dengan lebih menyeluruh dan mempertimbangkan apakah langkah lanjut yang perlu diambil. Jawatankuasa itu telah menugaskan penasihat undang-undang Allen & Gledhill untuk membantu, yang seterusnya melantik firma perakaunan Deloitte untuk menolong dengan penemuan forensik dan analisis data yang berkaitan.

Siasatan itu mendapati bahawa tidak ada bukti penglibatan jabatan kewartawanan dan editorial dalam jumlah edaran yang berlebihan itu.

Ia juga mendapati bahawa sekitar 82,600 naskhah harian secara purata bagi Ogos 2021 telah terlebih catat. Ini membentuk sekitar 10 peratus daripada jumlah naskhah harian yang diedarkan. Ia terdiri daripada 49,000 salinan pukal melalui dana Newspapers in Education (NIE) yang dilaporkan tetapi tidak diedarkan; 5,000 daripada Y Deal; 15,000 daripada perjanjian X Barter; 1,900 salinan sekolah, 2,300 salinan syarikat penerbangan, 9,000 salinan agensi dan 400 daripada mereka yang telah melanggan pakej semua-dalam-satu.


SPH Media tidak mengenal pasti pihak yang disebut dalam laporan itu.

Siasatan itu mendapati kesan perakaunan daripada edaran yang terlebih catat itu dianggap tidak menjejas kenyataan kewangan Kumpulan Media SPH bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Ogos 2022 secara keseluruhan.

Dalam laporan setebal 14 muka surat itu, ARC berkata Allen & Gledhill mendapati tindakan yang diambil terhadap pekerja dan bekas pekerja pada Januari adalah “secara munasabah wajar dalam keadaan” dan mematuhi dasar Kumpulan Media SPH.

Bagi kakitangan yang turut terlibat tetapi masih bersama syarikat itu, Allen & Gledhill berkata mereka telah bertindak di bawah arahan pihak atasan. Mereka juga kelihatan beroperasi di bawah kepercayaan yang salah bahawa amalan yang diarahkan oleh pihak atasan adalah amalan yang diterima dalam syarikat.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) berkata ia sedang mengkaji dapatan oleh ARC, dan sedang bekerjasama dengan SPH Media Holdings untuk memahami butirannya. MCI akan mengongsi pandangannya tentang perkara itu kelak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >