Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jawatankuasa SPH Media harus diberi masa cukup bagi siasatan teliti

Feb 24, 2023 | 05:30 AM



JAWATANKUASA SPH Media Trust (SMT) yang menyiasat isu data edaran berlebihan patut diberi masa yang cukup bagi siasatan teliti, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo.



Mengenai bila laporan siasatan itu dijangka siap, jawatankuasa itu hanya boleh membuat penentuan berdasarkan dapatan mereka, tambahnya dalam respons kepada Encik Gerald Giam (GRC Aljunied) pada Rabu, lapor The Straits Times.



Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja itu telah meminta perkembangan lanjut mengenai siasatan terhadap kesilapan dalam angka edaran oleh jawatankuasa audit dan risiko SMT.



Beliau bertanya sekiranya Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) akan meminta jawatankuasa itu berkongsi laporan siasatan penuh kepada umum serta bila ia dijangka siap dan dikeluarkan.



Dalam jawapan bertulis, Cik Teo berkata dapatan SMT tidak ada kaitan dengan dana awam kerana data edaran tidak digunakan untuk memutuskan sama ada dan berapa banyak untuk membiayai kumpulan media tersebut.



"Tanpa kesan langsung ke atas pembiayaan awam, keputusan sama ada untuk berkongsi laporan siasatan penuhnya dengan orang ramai terletak pada SMT, yang mempunyai lembaga dan pasukan eksekutifnya sendiri," tambahnya.



Beliau mengulangi bahawa MCI menetapkan jangkaan agar SMT bertanggungjawab mengekalkan kepercayaan awam dalam bilik berita dan wartawannya, serta melakukan apa yang diperlukan untuk memenuhi kewajipan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >