Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SPH Media minta jawatankuasa audit siasat angka edaran lebih lanjut

Jan 20, 2023 | 05:36 PM



LEMBAGA SPH Media Holdings telah meminta jawatankuasa audit dan risikonya untuk menyiasat lebih lanjut mengenai angka edaran berlebihan yang ditemui dalam proses audit tahun lalu serta mempertimbangkan langkah selanjutnya yang perlu diambil.


Dalam satu kenyataan pada Jumaat (20 Januari), syarikat media itu menjelaskan bahawa kebimbangan khusus adalah lebihan 49,000 naskhah harian purata - atau 5 peratus daripada jumlah edaran harian judul akhbarnya.


SPH Media menerbitkan akhbar The Straits Times, dan The Business Times, serta Lianhe Zaobao, Berita Harian, Shin Min dan Tamil Murasu.


Angka ini telah dilaporkan sebagai jumlah edaran, walaupun naskhahnya tidak pernah diedarkan. Kebanyakannya adalah naskhah digital.


Menurut kenyataan itu lagi, jawatankuasa audit dan risikonya akan menumpukan siasatan pada penemuan awal bahawa sekitar 10 hingga 12 peratus daripada angka edaran harian dalam beberapa bulan telah terlebih catat dalam tempoh audit  antara September 2020 dengan Mac 2022.


Lagi 5,000 purata naskhah harian terus dicatat dalam angka edaran selepas kontrak tamat, manakala 17,000 naskhah  secara purata dicatat akibat kegagalan untuk menyemak sama ada angka yang dilaporkan adalah tepat berbanding jumlah sebenar yang dijejaki dalam sistem.


SPH Media telah mendapat kritikan awam selepas mengumumkan penemuan mengenai angka edaran berlebihan itu pada 9 Januari lalu.


Menurut kenyataan itu lagi, terdapat juga kemungkinan percanggahan sebanyak 19,000 naskhah  harian purata yang termasuk urusan pertukaran bersama penerbit lain  yang tidak dinamakan SPH Media.


SPH Media menambah selain menumpukan perhatian pada siasatan isu ini, jawatankuasa audit dan risiko akan  menugaskan penasihat guaman untuk membantu dalam siasatan dan melaporkan penemuannya secara langsung kepada Lembaga SPH Media.


Jawatankuasa audit dan risiko ini dipengerusikan mantan rakan kongsi pengurusan EY Asean & Singapore, Encik Max Loh.


Jawatankuasa ini pula terdiri daripada ketua bersama bagi gabungan dan pengambilalihan di Allen & Gledhill, Cik Lim Mei dan naib pengerusi perbankan global HSBC Singapore bagi Asia Tenggara, Encik Philip Lee.


Berita mengenai jumlah edaran berlebihan itu tersebar selepas beberapa kakitangan kanan SPH Media meninggalkan syarikat itu pada Disember tahun lalu menyusuli satu proses audit dalaman.


Dalam kenyataannya, SPH Media berkata ia telah mengambil tindakan ke atas tujuh kakitangan berhubung dengan perkara ini.

Empat daripada mereka telah meninggalkan syarikat itu manakala tiga yang lain diberi surat amaran.


Dalam kenyataan itu lagi, SPH Media berkata bahawa data edaran yang dilaporkan dalam laporan tahunan sebelum ini - ketika syarikat itu dikenali sebagai Singapore Press Holdings dan masih disenaraikan di Bursa Singapura - dicatat mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Biro Audit Penggunaan Media Singapura.


Entiti ini menghentikan operasi di Singapura pada 2019, apabila pengiklanan digital dan media berkembang manakala ukuran edaran cetakan menjadi kurang relevan.


SPH Media  menambah bahawa melihat pada persekitaran media yang berubah, ia telah menilai semula metodologi bagi laporan data edaran untuk mewujudkan rangka kerja dan garis dasar baru untuk mengukur prestasinya, sesuatu yang telah dilakukan oleh syarikat penerbitan lain apabila keadaan  berubah.


Tiga langkah yang akan diambil untuk memastikan ketepatan dan akauntabiliti data adalah usaha mengukuhkan pengasingan tugas di kalangan kakitangan,  memastikan semakan audit dalaman dibuat lebih kerap lagi supaya laporan dibuat berdasarkan metodologi yang disahkan tepat serta  meningkatkan kualiti data dan ketepatan butiran pelanggan, termasuk pembersihan data dan pengesahan data bebas.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >