Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan isteri, keluarga kunci kejayaan pegawai SAF

Jun 28, 2023 | 07:46 PM



Beliau maju dalam kerjaya kerana sokongan dan pengorbangan isteri dan keluarganya, kata Leftenan Kolonel (LTC) Mohammad Jawahir Samuri, 42 tahun.

Justeru, beliau, yang akan dinaikkan pangkat menjadi Leftenan Kolonel Kanan (SLTC) pada 1 Julai ini berkata kenaikan pangkat itu bukan sahaja pengiktirafan bagi dirinya, malah bagi isterinya juga.

Menurut beliau, isterinya Cik Norsalina Mohamed Sharif, 41 tahun, merupakan tonggak utama dalam kerjaya bersama Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) selama 23 tahun. Beliau akui pengorbanan dan sokongan isterinya merupakan dorongan baginya untuk memberi yang terbaik.

Bercakap kepada Berita Harian (BH) dalam satu wawancara pada Rabu, LTC Jawahir berkata isterinya rela berhenti kerja selepas pasangan itu mendapat anak ketiga pada 2013 semata-mata untuk memberi tumpuan terhadap penjagaan anak-anak. Keputusan itu juga membolehkan beliau menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjayanya di SAF.


“Pengorbanan isteri saya telah memberi saya ruang untuk kekal lebih fokus pada kerja,” kata beliau, yang kini mempunyai empat anak.

Selain isteri, bapanya dan ibu bapa mentua juga banyak menyemarakkan semangatnya, kata LTC Jawahir.

Sejak menjalani perkhidmatan negara (NS) pada tahun 2000, bapanya memberi sokongan untuk beliau teruskan kerjaya sebagai anggota SAF sepenuh masa dan selalu memahami tuntutan kerjanya.

LTC Jawahir kini menyandang jawatan sebagai Pegawai Komand (CO) di Pusat Latihan Guards (GTC) dan juga di unit NS 795 Guards. Beliau telah menyandang jawatan sebagai CO di kededua unit itu sejak 2021.

Menurut LTC Jawahir, pengalaman di Pusat Latihan Guards telah membolehkan beliau pelajari cara mengurus askar perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF), askar kerahan dan askar SAF sepenuh masa dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Ini juga membantu beliau menjalankan tugas di 795 Guards, dengan menjadi lebih peka terhadap keperluan askar yang ada kalanya berbeza di sana.

Pada Rabu, LTC Mohammad Jawahir merupakan antara 1,196 anggota Mindef dan SAF yang menerima sijil kenaikan pangkat di Majilis Kenaikan Pangkat Mindef dan SAF.

Panglima Pasukan Pertahanan, Laksamana Muda (RADM) Aaron Beng, 42 tahun, yang dilantik ke jawatan itu pada Mac, juga akan dinaikkan pangkat menjadi Laksamana Madya atau Vice Admiral.

Beliau ialah pegawai tentera laut pertama diberi pangkat itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >