Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anggota NS nikmati kenaikan elaun hingga $200 mulai Julai

May 29, 2023 | 02:31 PM



MULAI 1 Julai, semua anggota Perkhidmatan Negara (NS) akan menikmati kenaikan elaun antara $70 hingga $200 dalam elaun bulanan mereka, umum Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Isnin.

Kenaikan itu akan dinikmati oleh anggota NS dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), dan jumlahnya bergantung pada pangkat dan bidang kerja mereka.

Ini bermakna anggota NS sepenuh masa (NSF) yang memegang pangkat rekrut atau pelatih akan menerima elaun bulanan $755, bertambah daripada $630 pada masa ini.

Seorang penyelam tentera laut NSF SAF atau pegawai taktikal polis NSF SPF atau anggota bomba NSF SCDF berpangkat koperal akan menerima elaun bulanan $1,250, naik daripada $1,050 sekarang.

Dengan pelarasan ini, anggota NS akan menikmati kenaikan elaun bulanan 10.9 peratus hingga 21.7 peratus.

Mindef dan MHA menambah, NSF menerima kenaikan 5 peratus bagi setiap 12 bulan mereka berkhidmat dalam pangkat yang sama.

Anggota NS Kerahan (NSman) pula menikmati kenaikan 5 hingga 10 peratus jika mereka menyelesaikan aktiviti NS dengan memuaskan pada tahun kerja sebelumnya.

Elaun NS yang disemak itu termasuk elaun bidang pekerjaan minimum sebanyak $75.

Sebarang elaun tambahan yang dibayar kepada mereka dalam bidang kerja tertentu, seperti tempur, dikecualikan.

Sepanjang 10 tahun lalu, tiga pelarasan sedemikian dibuat bagi elaun NS.

Kenaikan terakhir pada Mac 2020 menyaksikan NSF mendapat kenaikan elaun sebanyak $70 hingga $120 pada semua peringkat.

“Elaun NS, yang menyokong NSF dalam penyaraan asas peribadi mereka, disemak dan diselaras secara berkala untuk memastikan ia kekal mencukupi,” kata Mindef dan MHA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >