Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dulu tak minat, sekarang berkhidmat

May 24, 2023 | 08:00 PM



BAGI Cik Nur Asyikin Hamzah, membina kerjaya sekitar sedekad di Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) adalah dI luar jangkaannya sendiri kerana tidak pernah menaruh harapan bekerja di sana semasa mudanya muda.

Dihubungi Berita Harian (BH), Cik Nur Asyikin, 38 tahun, yang kini merupakan Penolong Pengarah Kanan di Jabatan Perancangan Pemulihan Pembetulan berkata, minatnya membina kerjaya dalam pasukan berseragam bermula apabila beliau menonton drama jenayah seperti Criminal Minds.

Beliau mula bekerja sebagai pegawai penyelidikan di SPS pada 2005.

Katanya minatnya berputik apabila mempelajari dengan lebih mendalam tentang sistem penjara ketika beliau bertugas sebagai seorang pegawai penyelidikan.

“Sepanjang pengalaman saya itu, saya ingat bagaimana proses atau program dijalankan dalam penjara dan bagaimana ia dapat menyumbang kepada pemulihan pesalah dalam penjara.

“Sebagai seorang individu yang mempunyai latar belakang psikologi, ia juga menarik bagi saya untuk pelajari bagaimana pesalah dalam penjara bertindak balas atau menerima program-program yang ditawarkan untuk mereka.

“Boleh katakan dari situ lah mula saya berfikiran untuk melanjutkan kerjaya saya di SPS,” jelas lulusan Sarjana Muda Universiti Monash, Melbourne, Australia itu.

Cik Nur Asyikin merupakan antara 6,158 pegawai Home Team yang dinaikkan pangkat tahun ini, yang dirasmikan di majlis kenaikan pangkat Home Team pada Rabu (24 Mei).

Buat masa ini, beliau mempunyai peranan penting dalam reka bentuk dasar, perancangan dan pelaksanaan intervensi dan penilaian pemulihan pembetulan yang disampaikan merentasi semua populasi pesalah.

Cik Asyiqin, yang juga ibu dua orang anak itu menerajui sembilan pasukan dengan sekitar 150 kakitangan.

Sepanjang masanya bersama SPS, Cik Asyiqin yang juga merupakan lulusan Sarjana dalam Kaunseling, banyak berusaha untuk memperbaiki khidmat yang ditawarkan oleh pegawai SPS kepada pesalah.

Ini termasuk melatih kakitangan pegawai penjara tentang pendekatan pembetulan jantina terutamanya bagi pesalah wanita melalui projek EMA (Empati, Kebersamaan dan Penegasan) dan EMI (Pendidikan, Pemodelan dan Interaksi) pada 2017.

“Kebanyakan sumber pengetahuan yang ada bagi kakitangan kami adalah khususnya untuk golongan pesalah lelaki kerana mereka merupakan sebahagian besar daripada pesalah berbanding kepada wanita,” katanya.

“Melalui kempen ini, ia memberi kami peluang untuk menyemak semula cara kita mendekati dan membantu pesalah wanita dalam perjalanan pemulihan mereka,” tambahnya.

Dalam masa akan datang Cik Asyiqin berharap dapat terus menyumbang kepada masyarakat dan memperkukuhkan pendekatan kakitangan SPS dengan pesalah dengan menawarkan program yang sesuai bagi setiap pesalah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >