Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CATATAN WARTAWAN

NDP 2023 subur azam anak muda kejar impian, bersaing di arena jagat

Aug 10, 2023 | 05:30 AM



Putaran hidup sibuk sejak mula bekerja dan menguruskan rumahtangga membuat saya rasa jauh dari maksud sebenar Hari Kebangsaan.

Apabila datangnya 9 Ogos, ia salah satu hari di mana saya sekeluarga melakukan sesuatu yang jarang dibuat; iaitu menukar saluran televisyen kabel atau Netflix ke saluran tempatan untuk menonton Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP).

Selain itu, sambutan kemerdekaan itu sering kali dianggap sekadar cuti sehari untuk berehat sebentar.

“Esok balik kerja.”

Jarang kami merenung maksud di sambutan ini – yang menyaksikan para peserta berlatih berbulan-bulan lamanya – daripada perbarisan kepada pertunjukan melibatkan ribuan peserta.

Namun, tahun ini sedikit berbeza.

Selain membuat liputan ulang tahun ke-58 Singapura di Padang, saya juga hadir sebagai seorang rakyat dan ayah kepada seorang anak perempuan berusia dua tahun.

Satu segmen semasa pertunjukan selepas matahari terbenam pada Rabu membuat saya sebak.

Selepas persembahan hebat kumpulan rok 53A berakhir, sekitaran tempat acara dihadiri 27,000 orang itu menjadi sepi.

Tiba-tiba, penyanyi kecil molek dan murid Darjah Lima, Sloane Duston Lixuan, muncul di tengah Padang dan menyanyikan lirik lagu This Little light of Mine dengan kalimat “sinarkan cahaya anda dengan terang bagi seluruh dunia melihatnya.”


Segmen itu dijayakan 700 pelajar sekolah tempatan melambangkan harapan masa depan Singapura yang kemudian membuat ikrar negara.

Mesej lain semasa pertunjukan malam itu adalah hidup berharmoni dalam masyarakat berbilang bangsa, mengejar impian tanpa mengira latar belakang, serta sikap berdaya tahan dalam menempuhi cabaran – lebih-lebih lagi dalam dunia penuh ketidaktentuan.

Pertunjukan itu mengingatkan saya terhadap anak saya yang berdepan perjalanan jauh.

Saya kira, ia penting bagi anak muda memenuhi impian – dan tidak menjadikannya sebagai angan-angan sahaja, dan punya pendirian teguh sebagai warga berwibawa dan berbudaya.

Saya berharap negara ini terus makmur, maju dan menyubur potensi rakyat dengan sebaiknya.

Ini supaya generasi muda mendatang juga berpandang jauh dan melihat ufuk yang tiada batasnya sambil bekerjasama dengan teman-teman mereka membina masa depan yang inklusif dan saling prihatin antara satu sama lain.

Kejayaan Syed Ahmad Abdul Rahman Alhabshee, pemilik pembina perabot Urban Salvation, yang ditonjolkan semasa NDP tahun ini wajar dijadikan contoh. Beliau dahulunya tercicir dari sekolah, tetapi berkat usaha dan kesungguhannya, kini mampu mengeskport produknya ke seluruh dunia.

Syed Ahmad tidak lokek ilmu. Beliau mengongsi pengetahuannya kepada tukang kayu muda lain.

Selain Syed Ahmad, kita juga boleh berbangga dengan kejayaan Riduan Zalani yang memegang teguh dengan budaya dan adat Melayu. Beliau beriltizam mengekalkan budaya muzik bangsa tersendiri dalam bentuk yang dapat disesuaikan zaman semasa.

Selain mereka, kita juga harus menjadikan kejayaan ratu pecut negara, Shanti Pereira, sebagai perangsang untuk berjaya. Ahli sukan balapan yang tidak lokek senyuman ini mengejutkan dunia atas pelbagai pencapaiannya di peringkat antarabangsa.

Mungkin sudah tibanya, dengan contoh teladan yang ditampilkan ini, anak muda kita akan lebih teruja untuk mengibarkan bendera Singapura bukan sahaja di pulau kecil ini, tetapi melangkah ke arena antarabangsa, yang disuburkan dengan azam dan semangat kental untuk berjaya di peringkat dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >