Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ratu pecut S’pura Shanti Pereira jadi inspirasi

Aug 10, 2023 | 05:30 AM



Beliau bukan hanya ratu pecut Singapura, malah menjadi inspirasi kepada ramai orang di dalam dan di luar negara.

Nama Shanti Pereira tidak asing dalam fraterniti sukan setempat dan pencapaian luar biasa pelari pecut wanita Singapura itu, terutamanya sejak kebelakangan ini, telah mengharumkan nama negara.

Sejak Mac, Pereira, 26 tahun, telah enam kali menulis semula rekod kebangsaan bagi acara 100 meter enam kali dan melepasi standard masa yang dicatatnya dalam acara 200 meter sebanyak tiga kali. 

Pada Mei, beliau memenangi pingat emas dalam 100 meter dan 200 meter dalam Sukan SEA di Kemboja, menjadikannya pelari pecut wanita pertama Singapura meraih pencapaian berganda itu.

Dua bulan kemudian, Pereira sekali lagi cemerlang apabila beliau merangkul kemenangan berganda larian pecut yang tidak pernah berlaku dalam Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Thailand.

Pereira mencatat rekod kejohanan 22.70 saat untuk menjuarai acara 200 meter, manakala dua hari sebelumnya, beliau telah memenangi acara 100 meter dalam masa rekod kebangsaan, 11.20 saat.

Kejayaannya dalam larian pecut abad itu menamatkan kemarau pingat Singapura selama 16 tahun pada perlumbaan Asia – ia juga merupakan pingat balapan sulung bagi negara di sana sejak 1975.

Pereira adalah antara kisah-kisah warga Singapura yang ditampilkan dalam segmen persembahan di Perbarisan Hari Kebangsaan 2023.

Segmen itu, yang bertemakan ‘Membina Masa Depan Kita Bersama’, dipaparkan menerusi empat persembahan dan tiga filem pendek yang berhubung.

Pereira akan ditampilkan dalam filem kedua bertajuk ‘Semangat’.

Ia mengisahkan tentang warga Singapura yang tanpa henti berusaha untuk mencapai impian dan minat mereka.

Dalam filem itu, Pereira mengongsi pengalamannya membuat persiapan untuk pertandingan dan latihan.

“Saya hanya mahu kisah saya memberi inspirasi kepada seramai orang yang mungkin.

“Apabila anda fokus pada matlamat anda dan tidak peduli tentang apa orang lain fikir, anda hanya diri anda sendiri, anda boleh melakukannya,” kata Pereira dalam wawancara beliau bersama The Straits Times menyusuli kemenangan dua pingat emasnya di Kejohanan Olahraga Asia pada Julai.


“Saya berharap mesej ini disampaikan kepada sesiapa saja yang sedang melalui waktu sukar. 

“Saya lalui siri kejatuhan saya sendiri yang sukar untuk saya bangkit, tetapi walaupun ia berbunyi klise, anda hanya harus percaya pada diri anda sendiri dan yakin bahawa ia adalah perjalanan anda sendiri dan ia tidak kira apa yang orang lain lakukan, selagi anda melakukan apa yang penting untuk diri anda,” tambah beliau.

Baru-baru ini, Pereira menakluki Eropah pula.

Dalam kejohanan Olahraga Mittsommernacht di Berlin pada 2 Ogos, beliau meraih tempat pertama dalam perlumbaan 200 meter dengan catatan masa 23.32 saat.

Malah dalam perlumbaan itu, beliau berjaya menewaskan juara semasa Eropah bagi kategori 100 meter dan lari berganti-ganti 4x100 meter, Gina Luckenkemper, dari Jerman.

Presiden Olahraga Singapura, Encik Lien Choong Luen, berasakan Pereira ‘kini menjadi inspirasi kepada generasi baru’ atlet Asia Tenggara dengan keputusannya baru-baru ini.

Beliau berkata: “Rentetan persembahan cemerlang Shanti dan Jurulatih Luis (Cunha) menjadikan inspirasi dan juga membantu kita berdiri setanding dengan jiran kita.

“Semua pelari sentiasa bertambah baik, dan kita juga perlu berbuat sedemikian. Jadi pada Sukan Asia ini – kami tidak mempunyai tuntutan atau jangkaan terhadapnya kerana saya tahu dia dan jurulatihnya adalah pendorong terbaik mereka sendiri.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >