Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Inspektor polis Johor didakwa laku gangguan seksual terhadap remaja ditahan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Inspektor polis Johor didakwa laku gangguan seksual terhadap remaja ditahan

Apr 25, 2024 | 11:57 AM



JOHOR BAHRU: Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan bagi membantu siasatan terhadap dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun.

Ketua Polis Johor, Pesuruhjaya M Kumar, berkata pihaknya menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan berkaitan dakwaan terhadap pegawai kanan polis itu.

Beliau berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian didakwa melakukan perbuatan itu sekitar 6 petang di kawasan Johor Jaya di sini pada 22 April.

“Remaja perempuan itu membuat laporan polis 9.21 malam kelmarin (22 April), sebelum suspek berusia 29 tahun ditahan di kawasan Bandar Seri Alam untuk tindakan lanjut pada 11 malam hari yang sama.

“Polis turut merampas telefon bimbit berserta kad sim yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu.

“Permohonan reman terhadap suspek dibenarkan bagi tempoh enam hari mulai 22 April hingga 28 April,” katanya menerusi satu kenyataan pada 24 April.

Dalam kes berasingan, dua pengawal keselamatan warga asing ditahan pada 24 April selepas didapati menggunakan kad pengenalan (MyKad) rakyat tempatan untuk mendapatkan pekerjaan.

Suspek berusia 21 dan 23 tahun berasal dari Indonesia serta Filipina itu ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ketika sedang bekerja di sekitar Alam Damai, Kuala Lumpur, kira-kira 6 petang.

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek memperoleh kad pengenalan terbabit dengan meminjam daripada kenalan mereka tanpa sebarang bayaran, bertujuan mendapatkan pekerjaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >