Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Remaja libat dalam jenayah seksual naik 30% pada 2023

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja libat dalam jenayah seksual naik 30% pada 2023

Apr 15, 2024 | 07:45 PM



Jumlah remaja berusia 19 tahun ke bawah yang terlibat dalam jenayah seksual pada 2023 meningkat sebanyak 30 peratus berbanding 2022, dengan lebih 470 belia ditahan.

Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling, mendedahkan demikian pada Seminar Kesedaran Jenayah Seksual di Kompleks Polis Cantonment pada 15 April sambil menjelaskan dua sebab yang membawa pada kenaikan tersebut.

Sebab pertama, katanya, adalah pendedahan awal remaja kepada bahan lucah atau kegiatan seksual golongan dewasa, sementara sebab kedua pula melibatkan maklumat yang kurang tepat atau sesuai tentang perilaku dan hubungan seksual.

Menurut polis, antara jenayah seksual yang paling banyak berlaku adalah  aksi seksual melibat mangsa bawah umur, dan ramai dalam kalangan mangsa mengenali pelakunya.

Pakar psikologi utama dan penolong pengarah di Divisyen Psikologi Pasukan Home Team di Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Cik Shamala Gopalakrishnan, menekankan tentang penggunaan Internet dan telefon bimbit yang meningkat, serta belia yang dibesarkan sebagai warga natif digital.

“Internet kini ‘pendidik seksual’ yang mudah digunakan menerusi penyebaran maklumat yang salah tentang seks dan hubungan menggunakan bahan-bahan lucah. Itu yang menjadi kebimbangan kami,” katanya.

Beliau menambah tanpa pengesanan awal tingkah laku seksual yang tidak sesuai dalam kalangan belia, mereka mungkin terjebak dengan bahan seksual eksplisit dalam talian.

“Mereka membentuk tanggapan yang kurang realistik dan berbahaya terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan, dan ini boleh menyumbang kepada kesalahan seksual,” katanya.

Bagi menangani masalah, Cik Shamala berkata divisyen tersebut bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (MOE) untuk mengasaskan program mengurangkan kemungkinan salah laku seks.

Polis berkata seminar tersebut diharap dapat meningkatkan kesedaran tentang masalah salah laku seks dalam kalangan belia dan prosedur keadilan jenayah untuk kededua pesalah dan mangsa.

Menurut Cik Sun lagi, MHA dan MOE kini menumpukan perhatian terhadap usaha meningkatkan latihan bagi kaunselor untuk membantu kanak-kanak dan belia.

Kededua kementerian kini sedang menghasilkan pakej sumber untuk melatih kaunselor di sekolah dan masyarakat dalam mengenal pasti tanda-tanda awal perilaku seksual bahaya dalam kalangan belia dan kanak-kanak, jelasnya.

Pakej tersebut akan mula diedarkan pada separuh kedua tahun ini, dan pihak polis akan mengunjungi sekolah-sekolah untuk menyampaikan ceramah tentang pencegahan jenayah seksual.

Turut menghadiri seminar itu termasuk Pejabat Peguam Negara (AGC); Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF); Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS); badan tidak mengaut untung, SG Her Empowerment (SHE); dan pakar dari Cawangan Jenayah Seksual Serius.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >