Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

BIG STAGE MUSIM 5

Kreativiti bantu kejayaan, tapi suara usah diabai: Aina

May 22, 2023 | 03:01 PM



DARI awal, pengadil Big Stage (Musim Kelima), Aina Abdul, memang gemarkan tenaga dan kesepaduan tarian kumpulan ‘girl group’ Malaysia, Coex.


Sungguhpun begitu, pada Ahad, beliau berasakan masih wujud kekurangan dari segi kelunakan dan perpaduan harmoni vokal lima gadis ini iaitu Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan.

“Walau apa pun, ini tetap peraduan menyanyi. Mereka punya kreativiti. Ini harus diteruskan. Ini kelebihan mereka tetapi masih kurang dari segi vokal. Sayang rasanya kalau ini tidak dapat dipertingkatkan. Saya rasa mereka cuba minggu ini dan ada peningkatan. Namun, kami ingin lihat lebih lagi agar mereka berada dalam kedudukan lebih selesa dalam Big Stage 5,” jelas Aina dalam ulasannya di sidang media sesudah tamat konsert minggu ketiga di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).


Markah kreativiti yang tinggi serta membentuk 50 peratus markah peserta (bersama 50 peratus nyanyian) adalah yang membawa pada Coex terus bertahan dalam pertandingan meskipun berada di tiga tangga terbawah peraduan.

Lima sekawan itu menerima markah 58.33 peratus. Naufal Azrin yang tersingkir diberikan markah 62.33 peratus sementara Meer Nash berada di tangga terbawah dengan 57.33 peratus. Beliau bagaimanapun tidak tersingkir kerana undian peminat.

Ajai pula menganggap penyingkiran Naufal setelah diselamatkan minggu lalu adalah kerana tiada rezeki.

“Naufal menampakkan peningkatan. Daripada markah 21 kepada 40 lebih. Itu yang saya namakan peningkatan prestasi tapi apa nak kata, tiada tuah. Kami pun tak boleh selamatkan dia kerana perlu adil.

“Keadaannya macam gini dalam peraduan realiti. Penyanyi beri 50 peratus tetapi bertahan kerana sokongan undian peminat. Ada penyanyi beri 100 peratus tetapi kurang mendapat undian peminat.

“Kita pun tak boleh salahkan warganet sebab mereka berhak memilih siapa yang mereka suka,” jelas Ajai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >