Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

BIG STAGE (MUSIM 5) 2023

Usah pentingkan populariti tapi abai vokal: Ajai

May 16, 2023 | 05:30 AM



POPULARITI yang dikecapi perlu disetarakan dengan mutu vokal dan persembahan.



Tiada gunanya jika dikenali tetapi tidak mempunyai stamina untuk terus kekal bertahan dalam peraduan realiti yang memerlukan banyak kreativiti dan penyesuaian vokal.



Inilah yang ditekankan juri tetap Big Stage 5, Ajai, ketika mengulas persembahan peserta Malaysia, Isaac Voo yang dikenali di Korea Selatan sebagai salah seorang anggota boyband Skye.



Voo, 28 tahun, memperolehi markah 36.33 peratus, pada minggu kedua konsert Big Stage, yang paling rendah dalam kalangan 13 peserta.



Beliau yang mempunyai 228,000 pengikut Instagram bagaimanapun tidak tersingkir pada awalnya kerana mempunyai undian lebih banyak daripada penyanyi lagu tular Casablanca, Naufal Azrin, 23 tahun, yang memperolehi markah 38 peratus.



Naufal bagaimanapun terselamat kerana Ajai dan Aina Abdul menggunakan kuasa 'Imuniti X' juri yang membolehkan mereka mengetepikan keputusan awal dan memilih peserta gantian untuk disingkirkan.



"Tapi anda harus janji dengan kami... jangan sia-siakan peluang kedua yang diberi. Anda ada potensi dan boleh pergi jauh dalam peraduan ini. Cuma mungkin sebab anda tersalah pilih lagu atau merupakan peserta pertama yang memulakan peraduan," jelas Ajai kepada Naufal.



Kepada Voo pula, Ajai berpesan:



"Saya perlu menyelamatkan peserta yang mempunyai masa depan dalam pertandingan ini.



"Saya tak kata kamu tak bagus tapi kamu mungkin lebih sesuai jadi artis rakaman."



Ajai juga terkejut apabila Voo menyatakan tujuan beliau menyertai Big Stage 5 adalah untuk membuatkan lebih ramai orang mengenalinya.



"Sepatutnya tujuan anda menyertai peraduan ini adalah bagi memperbaiki diri dari segi vokal dan persembahan anda, bukan untuk lebih popular," ujarnya lagi.



Voo menyanyikan lagu Terhangat di Pasaran (Adam dan KRU), manakala Naufal pula menyanyikan lagu OAG, Generasiku.



Kata Voo:



"Terima kasih atas pengalaman dan juga kepada peminat saya yang telah melalui susah senang bersama saya.



"Saya tahu tidak mudah bagi anda juga tetapi saya berjanji untuk kembali dengan versi lebih baik diri saya ini.



"Saya gembira dapat kenali rakan baru dalam peraduan ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >