Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

BIG STAGE (MUSIM 5) 2023

'Mercy' kembalikan semangat Farhan

Bakat S'pura di tangga ketujuh minggu kedua peraduan realiti selepas nyaris tersingkir minggu lalu
May 16, 2023 | 05:30 AM



DEBARAN yang memuncak di dada Farhan Shah pada minggu pertama pertandingan Big Stage (Musim 5) 2023 pada 7 Mei lalu memang tidak dapat disangkal.



Bakat Singapura yang sebelum ini merupakan peserta Singapore Idol 3 dan telah melangkah jauh ke pentas Kejuaraan Seni Pementasan Sedunia (WCOPA) di Hollywood sekitar Los Angeles, Amerika Syarikat, nyaris-nyaris tersingkir kerana mendapat markah paling rendah dalam pusingan pembuka tirai itu.



Mujurlah, kerana beliau belum cukup menampilkan kebolehannya di pentas tersebut, Farhan, 30 tahun, diberi peluang meneruskan perjuangannya dalam Big Stage 5.



Pada Ahad, Farhan ternyata tidak menghampakan peminat dan penyokongnya dari Singapura dengan berada di tangga ketujuh peraduan dalam kalangan 13 peserta.



Pelantun lagu Istimewa yang juga berlakon itu mendapat markah 58.67 peratus dengan menyanyikan lagu Duffy, Mercy. Beliau juga lega tidak berada di tiga tangga terbawah pertandingan.



"Saya sudah beberapa kali menyanyikan lagu Mercy sebelum ini. Saya yakin dapat memberikan persembahan yang lebih baik berbanding minggu sudah.



"Apa yang terlintas di fikiran adalah ia hanya gementar minggu pertama yang akan luput dengan persembahan selanjutnya.



"Mewakili Singapura adalah amanah besar buat saya dan saya enggan mengecewakan sesiapa dengan persembahan saya ini," jelas Farhan sewaktu dihubungi Berita Harian.



Aina Abdul selaku juri tetap peraduan ini malahan memberi kata-kata pujian buat Farhan.



"Saya gembira sebab saya rasa awak telah menebus kembali kegagalan minggu lalu.



"Kita dah dapat sedikit karakter yang hilang minggu lalu. Syabas kerana menyedapkan nyanyian anda.



"Banyak usaha dan saya sangat hargai. Ada panduan saya nak beri. Kalau nyanyi lagu Inggeris, bulatkan perkataan yang disebut dan nyanyian anda.



"Tak semestinya apa yang kita cakap, begitu kita nyanyi," ujar Aina.



Farhan juga teruja ingin menyampaikan lagu Dari Mata yang dipopularkan penyanyi asal Brunei yang terkenal di Indonesia, Jaz Hayat.



Awal sebelum ini, terdapat juga komen 'laser' yang Farhan perolehi. Antaranya daripada pengarah Michael Ang yang dengan selambanya menulis:



"Siapalah Mamat Singapore, Farhan ni? Dia 'famous' ke apa? Sebab suaranya taklah hebat sangat. Melambak 'busker' kat Malaysia lagi 'best'!



"Ingatkan Big Stage yang elok-elok aje... masuk ni macam bapak orang aje 'look' dia. 'Out you go!'"



Dalam pertandingan minggu kedua, Nadeera Zaini, 30 tahun, muncul sebagai peserta dengan markah paling tinggi iaitu 85.67 peratus menerusi lagu Dua Lipa, Levitating.



Lagu rancak itu menarik perhatian juri, ditambah dengan vokal Nadeera yang mempesona.



Awal sebelum ini, dalam laporan media Boom dua tahun lalu, Nadeera mengakui beliau sudah puas berendam air mata mengenangkan bakatnya yang tidak dihargai khalayak ramai.



"Apa sahaja yang saya buat semacam tak kena. Apabila menyanyi, peminat kata mereka sukakan suara saya.



"Hakikatnya, mereka cakap tak serupa bikin! Pujian diberikan itu tidak diiringi dengan sokongan terhadap lagu nyanyian saya di stesen-stesen radio tempatan," ujar Nadeera, bekas peserta Mentor Legend, yang diasuh Datuk Zainal Abidin.



Mungkin Big Stage 5 akan mengubah nasibnya... siapa tahu?




► Big Stage disiarkan pada 9 malam di Astro Ria setiap Ahad.




"...Apa yang terlintas di fikiran adalah ia hanya gementar minggu pertama yang akan luput dengan persembahan selanjutnya.
Mewakili Singapura adalah amanah besar buat saya dan saya enggan mengecewakan sesiapa dengan persembahan saya ini."
- Penyanyi Farhan Shah, peserta Big Stage Musim 5.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >