Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Sewa kondo, HDB jatuh pada Ogos: SRX, 99.co

Sep 27, 2023 | 04:04 PM



KADAR sewa bagi kondominium dan flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) jatuh pada Ogos, selepas naik pada Julai.

Ini berlaku apabila kadar sewa menjadi lemah dengan pasaran kondominium mengalami penurunan dalam harga sewa dan flat sewa HDB mencatatkan kenaikan kecil berdasarkan anggaran kilat SRX dan 99.co yang dikeluarkan pada Rabu, 27 September.

Sewa kondominium turun 1 peratus pada Ogos tetapi 17.3 peratus lebih tinggi pada tahun ini. Sewa flat HDB pula naik 0.1 peratus pada Ogos dan meningkat 20.8 peratus pada tahun ini.

Sewa turun di semua kawasan. Kawasan Daerah Utama (CCR) turun 1.7 peratus, Baki Kawasan Daerah Utama (RCR) turun sebanyak 0.7 peratus dan Luar Kawasan Tengah (OCR) turun 0.5 peratus.

Sewa lebih tinggi pada tahun ini. OCR mencatatkan keuntungan paling tinggi pada 20.1 peratus, RCR meningkat 17.4 peratus dan CCR meningkat 13.9 peratus.

Data menunjukkan bahawa jumlah sewa kondo turun 7.6 peratus pada Ogos dengan 6,730 unit disewa berbanding 7,287 unit disewa pada Julai.

Tahun ke tahun, jumlah sewa adalah 10.3 peratus lebih rendah. Ia juga 11.6 peratus lebih rendah daripada jumlah purata lima tahun pada Ogos.

Sekitar 36.2 peratus jumlah sewa dari OCR, diikuti 33.6 peratus dari RCR dan 30.2 peratus dari CCR.

Dalam pasaran HDB, jumlah sewa turun 10.1 peratus pada Ogos berbanding 2,997 flat HDB disewa, berbanding 3,334 unit yang disewa pada Julai.

Tahun ke tahun, jumlah sewa meningkat 16.9 peratus dan 11 peratus lebih tinggi daripada jumlah purata lima tahun bagi bulan Ogos.

Flat empat bilik merangkumi 37.7 peratus daripada jumlah keseluruhan; 32.3 peratus flat tiga bilik; 24.1 peratus flat lima bilik; dan 5.9 peratus sewa flat eksekutif.

Dari segi sewa, kededua sewa estet matang dan bukan matang masing-masing mencatatkan kenaikan 19.9 peratus dan 21.9 peratus tahun ini.

Sewa flat tiga dan lima bilik masing-masing menyaksikan kenaikan harga sebanyak 0.7 peratus dan 0.5 peratus; manakala sewa flat empat bilik dan flat eksekutif masing-masing turun 0.3 peratus dan 1.5 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >