Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Unit NTUC dilapor tawar 18 hartanah komersial HDB pada harga $265j

Sep 25, 2023 | 01:12 PM



Unit hartanah NTUC Enterprise, Mercatus Co-operative, difahamkan secara senyap telah menawarkan untuk menjual sebanyak 18 hartanah komersial di estet Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Hartanah itu mempunyai jumlah harga indikatif sekitar $265 juta, menurut The Business Times.

Kesemua 18 hartanah itu mempunyai ruang berjumlah sekitar 170,000 kaki persegi yang merangkumi kedai HDB, rumah kedai dan blok komersial bertingkat rendah serta dihuni sepenuhnya.

Sekitar 80 peratus ruang itu disewakan kepada FairPrice yang bakal mengekalkan penyewaan jangka panjang hartanah itu.

Hartanah itu terletak di kawasan seperti Bukit Merah Central, Kallang Bahru, Bishan, Hougang, Serangoon North, Holland Drive, Tampines, Bedok, Buona Vista, Clementi, Choa Chu Kang, Jurong East dan Jurong West.

Tempoh baki sewa bagi hartanah itu berbeza tetapi ia berpurata sekitar 57 tahun.

Ditawar dalam tiga bahagian

Difahamkan bahawa kesemua 18 hartanah itu dibahagikan kepada tiga bahagian; bakal pembeli boleh memohon untuk membeli satu bahagian secara berasingan atau keseluruhan portfolio.

Pengarah eksekutif pasaran modal untuk Singapura di CBRE, Encik Clemence Lee, berkata: “Mercatus sedang meneroka untuk menjual sebahagian asetnya melalui pernyataan minat. CBRE telah dilantik sebagai ejennya.”

Beliau mengesahkan bahawa aset itu akan dijual dengan penyewaan jangka panjang sedia ada tetapi berkata “kami tidak boleh mendedahkan butiran portfolio tersebut kerana sensitiviti komersial”.

“Tidak ada kepastian atau jaminan bahawa usaha penjualan itu akan membawa kepada transaksi dan kami tidak boleh membuat spekulasi tentang hasil tawaran penjualan itu,” katanya.

Seorang jurucakap Mercatus berkata ia sentiasa menyemak portfolio untuk menyampaikan kesan sosial yang lebih besar dan menjana pulangan mampan jangka panjang untuk pihak berkepentingannya.

Buat masa ini, perniagaan berjalan seperti biasa dan Mercatus kekal komited menjaga kepentingan semua pihak berkepentingan, termasuk penyewa dan pelanggan, menurut Mercatus Co-operative.

Sepanjang sembilan bulan lalu, Mercatus telah menjual sebahagian aset runcitnya dengan nilai lebih $3 bilion.

Pada lewat Disember 2022, ia memeterai penjanjian untuk menjual Jurong Point dan Swing By @ Thomson Plaza kepada Link Real Estate Investment Trust yang disenaraikan di Hong Kong dengan harga $2.16 bilion.

Pada lewat Januari 2023, ia mencapai perjanjian untuk menjual separuh pegangannya dalam Nex di Serangoon Central kepada Frasers Centrepoint Trust dan Frasers Property dalam satu perjanjian yang menyaksikan pusat beli-belah itu dinilaikan pada $2.08 bilion (faedah 100 peratus).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >