Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

WACANA

Warga muda juga boleh jadi mangsa penipuan

Sep 17, 2023 | 05:32 AM



Penipu tidak pilih mangsa, sedia mengaup sesiapa sahaja yang masuk ke perangkap mereka, tidak kira yang tua ataupun yang muda.

Perangkaan polis baru-baru ini tentang trend kes tipu amat membuka mata memandangkan ramai mangsa adalah warga muda berusia antara 20 dengan 39 tahun. Golongan itu membentuk 50.8 peratus mangsa yang tertipu.

Data ini menunjukkan bukan hanya warga tua yang lazimnya menjadi mangsa si penipu.

Dalam kalangan warga muda yang tertipu dalam separuh pertama 2023, penipu lazimnya membuka perangkap mereka menerusi wadah mesej, media sosial dan beli belah dalam talian – tempat di mana ramai warga muda berhimpun dan berinteraksi.

Polis berkata 33.9 peratus warga dewasa muda menjadi mangsa penipuan pekerjaan, jenis penipuan paling lazim pada separuh pertama 2023.

Terdapat 5,737 kes penipuan pekerjaan dilaporkan, dengan jumlah kerugian sebanyak $79.4 juta.

Sebanyak 23.9 peratus lagi mangsa berumur 20 hingga 39 telah ditipu dalam penipuan e-dagang, yang berlaku apabila mangsa menemui tawaran yang jelas dalam talian tetapi gagal menerima produk selepas membuat pembayaran.

Terdapat 4,516 kes penipuan sedemikian pada separuh pertama 2023, jumlah kedua tertinggi kejadian yang dilaporkan dalam kalangan semua jenis penipuan, dengan mangsa hilang $7.3 juta.

Dalam setiap kes penipuan, si penipu mampu mengambil kesempatan daripada kelemahan atau kealpaan mangsa.

Sebagai contoh penipuan yang menyasarkan orang tua  mengeksploitasi kekurangan pengetahuan warga tersebut, dan mungkin juga refleks mental mereka yang lebih perlahan. 

Penipu juga bijak memahami kelemahan mangsa dengan baik – menawarkan pekerjaan bagi yang perlukan kerja, menjanjikan pulangan berlipat ganda bagi mereka yang ingin cepat kaya.

Tidak kurang juga penipu yang dapat menghidu apabila mangsanya kesepian, justeru mereka berlegar di laman media sosial dan laman janji temu untuk memikat mangsa.

Perkara yang paling penting dalam usaha menghindar diri daripada ditipu ialah menyedari bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa.

Perbuatan penipuan boleh wujud di mana-mana, bukan hanya di ruang siber bahkan juga di ruang nyata.

Kita perlu terus berwaspada, lengkapkan diri dengan trend atau kes penipuan terkini.

Semasa berinteraksi di dalam talian pastikan identiti mereka yang berhubung atau bercakap dengan anda.

Jika ada tawaran yang terlalu menarik, besar kemungkinan ia perangkap untuk menjerat anda. 

Si penipu dan cara mereka menipu akan terus berkembang dan berubah.

Si penipu akan terus berusaha menjerat mangsa justeru peningkatan kesedaran, saling memperingati orang yang kita sayangi serta kewaspadaan berterusan merupakan antara benteng utama dalam perang mengatasi penipuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >