Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, Indonesia tandatangani MOU baru pelihara ekosistem bakau

Apr 29, 2024 | 06:00 PM



Singapura dan Indonesia terus memperkukuh dan memperdalami kerjasama dalam bidang hijau dan kemampanan, dengan satu Memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani antara dua negara itu bagi memelihara dan mempertingkat kesedaran tentang ekosistem bakau di Indonesia.

MOU itu ditandatangani Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, dan Menteri Penyelaras bagi Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Encik Luhut Pandjaitan, di Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia yang berlangsung di Bogor, Indonesia, pada 29 April.

Dalam satu sidang media bersama di rahat pemimpin itu, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata Singapura menanti-nantikan Indonesia memacu ekonomi hijau di rantau ini, sambil menambah kedua-dua Singapura dan Indonesia boleh meneliti peluang memperluaskan kerjasama kepada kredit karbon seterusnya.

“Dari segi kerjasama dua hala, kami membuat kemajuan baik dalam mempermudah perdagangan elektrik rentas sempadan, dan kami sedang meneroka pengumpulan dan penyimpanan karbon,” kata beliau.

Di bawah MOU baru yang ditandatangani itu, Singapura dan Indonesia akan bekerjasama dalam kegiatan pemerkasaan masyarakat berkaitan ekosistem bakau di Indonesia, menurut Sekretariat Perubahan Iklim Nasional (NCCS) dalam satu kenyataan.

Pemerintah kedua-dua negara itu akan membentuk rangka kerja dua hala bagi mempermudah penyertaan badan bukan pemerintah (NGO) dan pihak berkepentingan bagi menggalak penggunaan mampan sumber bakau dalam masyarakat setempat.

Usaha perintis akan dijalankan di Pulau Setokok, Batam.

Antara kegiatan utama yang akan dijalankan termasuk menggalak kesedaran masyarakat tentang kepentingan membangunkan ekosistem bakau yang mampan dan berkongsi amalan terbaik mengenai penggunaan mampan produk bakau.

Ini selain berkongsi peluang ekonomi yang boleh dimanfaatkan daripada pelancongan eko bakau, yang boleh membantu mempertingkat mata pencarian masyarakat tempatan.

Encik Teo berkata MOU itu “menggariskan hubungan rapat antara Singapura dengan Indonesia dalam sektor pemerintah dan rakyat, dan komitmen bersama kita ke arah memajukan tindakan iklim dan kelestarian alam sekitar”.

NCCS berkata Singapura dan Indonesia akan menggerakkan institusi akademik dan penyelidikan di kedua-dua negara, NGO setempat dan antarabangsa, serta pihak berkepentingan untuk menjalankan kegiatan pemuliharaan hutan bakau.

Mereka juga akan melaksanakan penyelidikan mengenai amalan terbaik dalam pemulihan hutan bakau dan pendekatan penerokaan untuk mengukur sumbangan karbon dalam ekosistem bakau.

Dalam wawancara media di akhir rahat pemimpin itu, Encik Lee berkata beliau dan Encik Jokowi telah membincangkan tentang peluang kerjasama dalam ekonomi hijau, seperti dalam kemampanan, eksport elektrik, kerjasama antara Perusahaan Listrik Negara (PLN) dengan entiti Singapura, termasuk kemungkinan Singapore Power membina kabel dan mempermudahkan perdagangan elektrik hijau.

Mereka juga menyentuh tentang potensi di ibu kota baru Indonesia, Nusantara, di Kalimantan Timur, dengan Encik Lee berkata syarikat Singapura telah melahirkan minat meneroka peluang di bandar itu.

Khususnya, Sembcorp mempunyai projek untuk menghasilkan elektrik hijau serta tenaga suria untuk membekalkannya kepada Nusantara.

“Ini satu projek yang amat dekat di hati Presiden Jokowi, oleh itu saya gembira kita dapat mengambil bahagian,” kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >