Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Vanessa Lee atasi cabaran mental, cipta rekod lari berhalangan nasional

Apr 22, 2024 | 03:18 PM



Vanessa Lee menyaingi diri sendiri semasa acara lari berhalangan 3,000 meter wanita pada Kejohanan Balapan dan Padang Terbuka Singapura di Stadium Nasional pada 18 April.

Sebagai satu-satunya peserta dalam pertandingan berdasarkan catatan masa itu, Lee menggunakan alat penentu masa dalam jam tangan bijaknya untuk mengetahui sama ada beliau berada di “landasan betul” setiap selang 100m, dan akhirnya berjaya memecah rekod kebangsaan 11 minit 14.70 saat yang dicatat Cheryl Chan pada 2020.

Selepas mencatat masa rekod 11:09.16, wanita berusia 26 tahun itu menangis tersedu-sedan kerana beliau bukan sahaja berjaya memecah rekod nasional baru – sementara menanti pengesahan rasmi – bahkan berupaya mengatasi cabaran mental, lapor The Straits Times (ST)


Pelari jarak jauh itu yang biasanya bertanding dalam acara 5,000m, 10,000m dan separuh maraton, berkata:

“Pada pendapat saya, acara lari berhalangan paling sukar. Kami berlari jauh, mengatasi halangan, dan seolah-olah itu tidak cukup, kami juga lakukan lompatan air. Sesiapa yang mencipta acara ini seperti sengaja mahu menyusahkan.”

Lee berkata beliau hanya menyambung semula perlumbaan dalam acara lari berhalangan pada 2024, selepas berehat selama lima tahun, disebabkan mengalami aliran haid berat yang menjejas perlumbaannya semasa Sukan Universiti Asean (AUG) 2018.

Eksekutif penjualan itu menjelaskan: “Saya mula bertanding dalam acara lari berhalangan di maktab rendah dan mencipta rekod wanita Bawah 20 tahun kebangsaan (11:45.09) pada Terbuka Singapura 2017.

“Saya teruja menyertai acara ini kerana saya hampir mencapai rekod kebangsaan ketika itu.

“Tetapi sesuatu akhirnya mengalahkan saya dari segi mental, badan saya berkata ‘tidak’ semasa AUG. Pada malam sebelum acara, saya mengalami haid sangat berat yang membuat saya sangat letih.

“Saya cuba yang terbaik, tetapi tidak berjaya. Kejadian itu mematahkan semangat saya terhadap acara lari berhalangan dan saya tidak mahu menyertai acara ini lagi.

“Saya telah luangkan masa berjam-jam untuk berlatih, memasang halangan, berlari dan berlatih seorang diri sebagai satu-satunya peserta wanita yang menyertai lari berhalangan, dan saya rasa cukup-cukuplah.

“Saya baru sahaja menyambung semula tahun ini selepas rakan saya menggalak saya mencuba kerana saya berada keadaan cergas disebabkan latihan jarak jauh saya.”

Lee menduduki tempat keenam dalam 5,000m wanita dan ketujuh dalam 10,000m pada Sukan SEA 2023.

Namun, didorong oleh rekod kebangsaannya, beliau berusaha untuk layak menyertai acara lari berhalangan pada Sukan SEA 2025 di Thailand.

Kriteria kelayakan yang ditetapkan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) ialah masa yang dicatat bagi pingat gangsa pada edisi terakhir sukan itu, iaitu masa 11:00.85 yang dicatat atlet Vietnam Nguyen Thi Huong.

Sementara itu, Marc Louis mengukuhkan statusnya sebagai pelari pecut terpantas di Singapura apabila berjaya mencatat masa 10.36 saat untuk menjuarai peringkat akhir acara 100m lelaki, mendahului pelari Taiwan, Wei Tai-sheng (10.62 saat), dan Praharsh Subash Soman dari Singapura (10.74 saat).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >