Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Perlawanan Liga Belia S’pura ditunda dek kekeliruan tempahan padang

Apr 27, 2024 | 04:58 PM



Satu perlawanan Liga Belia Singapura (SYL) pada 27 April terpaksa dijadualkan semula setelah padang Stadium Bukit Gombak, yang sepatutnya menjadi lokasi perlawanan, telah ditempah untuk pertandingan lain.

Perlawanan itu adalah aksi bawah 13 Tahun (U-13) antara kelab bola sepak Woodlands Lions FC dengan Hougang United FC. 

Menurut laman web SYL, perlawanan yang melibatkan pemain belia itu dijadualkan pada 8 pagi di Stadium Bukit Gombak.

Namun begitu, kiriman gambar kepada Berita Minggu (BM) menunjukkan bahawa sudah terdapat khemah dan papan memanah diletakkan di padang stadium di bahagian barat Singapura itu.


Notis jadual di stadium juga mengatakan bahawa terdapat pertandingan memanah sepanjang hari, yang dijadualkan berlangsung dari 25 hingga 28 April. 

Menurut notis tersebut, pertandingan itu dianggap sebagai ‘acara eksklusif’.

Ibu salah seorang pemain Hougang United FC, yang ingin dikenali sebagai Cik Shida, berkata pemain telah tiba di stadium seawal 7 pagi, dengan ada yang datang sejauh dari kawasan timur Singapura. Pegawai perlawanan turut hadir di stadium.

Mereka bagaimanapun tidak dapat memasuki stadium dan terpaksa menunggu di luar.

Pegawai perlawanan kemudian meminta kededua pasukan pergi ke padang Jurong Town ActiveSG untuk bermain di sana. Tetapi, difahamkan bahawa tiada kepastian sama ada tempahan padang telah dibuat. 

Justeru, kededua pasukan memutuskan untuk menjadualkan semula perlawanan itu dan pulang setelah kira-kira 45 minit menunggu.

Cik Shida menambah: “Tidak pasti sama ada berlakunya salah komunikasi, tetapi pastinya ia sesuatu yang boleh dielak. 

“Perlawanan ini berlangsung sehingga hujung tahun. Kami ingin memastikan isu pelbagai tempahan di satu lokasi tidak akan berlaku lagi.”

Beberapa lagi perlawanan SYL juga dijadualkan berlangsung di Stadium Bukit Gombak pada 27 April dan 28 April.

Stadium Bukit Gombak adalah kemudahan di bawah jagaan Majlis Sukan Singapura (SportSG). 

Perlawanan SYL turut dimainkan di padang SportSG lain serata pulau.

BM telah menghubungi kededua Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan SportSG untuk mendapatkan komen mereka. 

SYL ialah inisiatif di bawah projek bola sepak negara ‘Unleash The Roar’ yang dilancarkan pada 2020 dan bertujuan mendedahkan belia kepada lebih banyak perlawanan bola sepak. Lebih 3,800 pemain muda daripada lebih 200 pasukan menyertai liga itu, yang diadakan buat julung-julung kali.

Sekitar 1,100 perlawanan akan dijalankan dalam liga yang dijangka berlangsung selama lapan bulan itu. Ia telah bermula pada 24 Februari. Liga itu juga menampilkan persaingan antara beberapa kumpulan usia, daripada bawah lapan tahun (U-8) hingga bawah 17 tahun (U-17). – ZULAIQAH ABDUL RAHIM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >