Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Lebih 3,800 pemain turun padang dalam Liga Belia S’pura

Pemain lapan hingga 17 tahun daripada lebih 200 kelab sertai inisiatif FAS di bawah projek bola sepak nasional, Unleash the Roar! (UTR)
Feb 26, 2024 | 05:25 PM



Seawal 8 pagi, kanak-kanak dan remaja pelbagai kumpulan usia membanjiri stadium serata Singapura pada 24 Februari untuk satu tujuan – bermain bola sepak.

Lebih 3,800 pemain muda daripada lebih 200 pasukan itu turun padang untuk menyertai Liga Belia Singapura (SYL), yang diadakan buat julung-julung kali.

SYL adalah daya usaha terkini Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) di bawah projek bola sepak nasional, Unleash the Roar! (UTR).

Ia disertai pemain lelaki dan perempuan seawal usia lapan tahun hingga 17 tahun.

Pemain Pasukan Merah Bawah 11 Tahun (U-11) Pusat Pembangunan Nasional (NDC) Junior, Aeshan Dhayalan, 11 tahun, berkata:

“Ia adalah peluang baru untuk saya bermain dalam perlawanan sembilan sepasukan dengan peraturan ofsaid. Mencabar tetapi menyeronokkan…

“Saya tidak sabar untuk bermain bersama pasukan lain supaya saya boleh belajar dan berkembang sebagai pemain dan semoga saya mewakili Singapura suatu hari nanti.”

Pemilik First Kick Academy, Jimmy Beh, yang pasukannya bersaing dalam tiga kategori, U-8, U-10 dan U-12, turut mengalu-alukan peluang persaingan dalam kalangan pemain belia.

“Dengan menawarkan perlawanan sepanjang tahun, liga ini memainkan peranan penting dalam pembangunan holistik pemain kami, di dalam dan luar padang.

“Saya percaya liga ini bukan membangunkan bakat sahaja, bahkan memupuk semangat kekitaan dan perpaduan dalam fraterniti bola sepak kita,” ujarnya.

Sekitar 1,100 perlawanan akan dijalankan dalam liga yang dijangka berlangsung selama lapan bulan itu.

Ketua Perancangan (Pejabat Divisyen Teknikal) FAS, Baihakki Khaizan, yang ditemui Berita Harian bagi perlawanan pembukaan SYL di Stadium Serangoon pada 24 Februari, berkata liga baru itu hanyalah satu permulaan untuk bola sepak belia di Singapura.


“Saya percaya komuniti akar umbi dalam setiap persatuan bola sepak sangat penting. Merekalah yang membentuk bakat muda dan kami perlu mengambil sikap proaktif mendekati komuniti ini.

“Inilah titik permulaan perkembangan dan bahan utama yang diperlukan untuk membentuk asas bola sepak belia, dan kami sedang melakukannya,” kata bekas pemain nasional Singapura itu.

Beliau berkongsi bahawa FAS seterusnya akan melaksanakan pelan laluan pembangunan belianya, yang termasuk mengenal pasti bakat dan menyertakan mereka ke dalam pasukan elit negara.

Satu pasukan pencungkil bakat khusus juga akan memantau perlawanan liga ini dan menjemput pemain berpotensi untuk menyertai pasukan nasional.

“Jika kita ingin membina sebuah rumah, inilah jubin yang akan membentuknya,” tambah Baihakki. 

Meskipun teruja mengenai pembukaan SYL, Baihakki mengakui terdapat cabaran awal dalam mengendalikan liga itu. 

Difahami ada beberapa pasukan menarik diri pada saat-saat akhir.

Baihakki mengakui mengenai perkara itu dan berkata ada pasukan berdaftar yang tidak cukup pemain atau mempunyai komitmen dengan liga belia yang lain, seperti Liga Juara-Juara Belia.

“Saya telah menghubungi mereka dan sedang cuba memahami keadaan yang mereka hadapi. Anda harus faham bahawa ada pasukan bukan kelab yang berstruktur, tetapi akademi dengan elemen perniagaan, yang menyaksikan ada pemain keluar masuk,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >