Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemilik Leeds akur ‘perubahan perlu berlaku’

Jun 05, 2023 | 06:42 AM



LEEDS: Perubahan diperlukan.

Itulah mesej pengerusi kelab Leeds United, Andrea Radrizzani, menyusuli penyingkiran Leeds daripada Liga Perdana England.

Para penyokong Leeds menuntut Radrizzani meninggalkan kelab tersebut selepas kekalahan 4-1 di tangan Tottenham di padang sendiri, yang menentukan nasib kelab itu.

Pada hari yang sama, sebuah konsortium yang dianggotai Radrizzani, mempersetujui perjanjian membeli kelab Italy, Sampdoria. Ini memaksa Radrizzani, seorang warga Italy, untuk mengeluarkan kenyataan maaf kepada penyokong Leeds.

“Kami komited dan berazam untuk meneruskan perjalanan bersama Leeds,” ujarnya.

Di bawah pemilikan Radrizzani, Leeds berjaya kembali ke Liga Perdana pada 2020 selepas 16 tahun meninggalkan kumpulan elit kelab bola sepak England.

Namun, dua musim kemudian, kelab tersebut kembali tersingkir ke Liga Kejuaraan menyusuli musim yang penuh dengan kekecewaan.

“Saya dengan ikhlas memohon maaf dengan keadaan kami musim ini. Kami telah melakukan pelaburan besar untuk mengekalkan status Leeds United sebagai pasukan dalam Liga Perdana, tapi walau kami semua bekerja keras demi kelab, sayangnya kami juga telah membuat beberapa kesilapan,” kata beliau.

“Kami sedang menilai semula keputusan-keputusan yang telah dibuat bagi memastikan sebagai sebuah kelab kami belajar dari kesilapan sudah, dan menggunakannya untuk memperbaiki dan memacu kejayaan kami di masa depan.

“Saya enggan membuat janji kosong. Masih banyak kerja yang harus dilakukan, perubahan yang perlu berlaku. Leeds memerlukan satu strategi yang jelas untuk meneruskan visinya dan saya beri jaminan kerja ke arah itu telah pun bermula,” tambah Radrizzani, sambil menambah beberapa pelantikan penting akan diumumkan dalam beberapa bidang berbeza.

Antaranya, Pengarah Bolasepak, Victor Orta, telah meninggalkan kelab tersebut awal Mei, sebelum Sam Allardyce dilantik sebagai pengurus sementara, dengan hanya empat baki perlawanan.

Allardyce dalam sidang media selepas penyingkiran Leeds berkata bahawa isu pemilikan kelab tersebut harus menjadi keutamaan untuk diselesaikan.

Difahamkan, perjanjian sudah pun dicapai dengan pemilik kelab Amerika Syarikat, San Francisco 49ers, yang kini memiliki 44 peratus saham Leeds United, untuk menjadikannya pemilik penuh dengan membeli baki saham milik Radrizzani.

Bagaimanapun, nilai kelab tersebut kini perlu dibincangkan semua, menyusuli penyingkirannya daripada Liga Perdana England. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >