Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Leeds, Leicester sertai Southampton tersingkir dari EPL

May 29, 2023 | 04:10 PM



LONDON: Leeds United tersingkir daripada Liga Perdana England (EPL) selepas tewas 1-4 kepada Tottenham Hotspur dalam perlawanan terakhir musim ini pada Ahad.


Ia menyertai Southampton, yang telah tersingkir lebih awal, dan Leicester, yang juga jatuh ke divisyen lebih rendah kurang 10 tahun selepas menjulang mahkota EPL pada musim 2015-2016.

Penyokong Leeds hadir untuk memberikan semangat kepada kededuanya, pasukan West Yorkshire itu dan pemiliknya, namun penampilan pasukan itu dalam EPL selama tiga musim berkesudahan dengan cara yang mengecewakan di stadium Elland Road.

Mereka memerlukan kemenangan untuk mengkekalkan status selaku pasukan EPL, namun ketinggalan seawal minit kedua menerusi jaringan penyerang berbisa Tottenham Harry Kane.

Pedro Porro kemudian menambah jaringan buat Tottenham dengan membuat rembatan dari sudut sukar pada awal separuh masa kedua.

Jack Harrison cuba merapatkan jaringan menerusi golnya bagi Leeds, menjadikan kedudukan 1-2, namun gol ke-30 Harry Kane pada musim ini mengukuhkan kedudukan Tottenham sebagai pendahulu perlawanan.

Lucas Moura terus menambah derita buat Leeds menerusi gol terakhirnya untuk Tottenham sebelum meninggalkan kelab tersebut.







Jaringan Moura pada minit terakhir waktu kecederaan menjadikan kedudukan 4-1. Namun kemenangan itu tidak cukup untuk membantu Spurs mendaki tanggi lebih tinggi dan melayakkan diri ke kejohanan di Eropah pada musim akan datang.

Spurs mengakhiri musim di tangga kelapan – kali pertama ia menduduku tempat serendah itu sejak menduduki tempat kelapan pada musim 2008-2009.

Pengerusi dan pemilik terbesar Leeds, Andrea Radrizzani, tidak hadir di perlawanan itu namun penyokong telah meminta beliau menjual kelab tersebut. Malah peminat melaungkan agar “pecat pihak pengurusan” semasa perlawanan.

Dan ada juga melaungkan agar bekas jurulatih Marcelo Bielsa dikembalikan untuk memimpin pasukan tersebut, selepas beliau dipecat musim lalu.

Kali terakhir Leeds disingkir daripada EPL adalah pada 2004 dan mereka mengambil masa 16 tahun sebelum berjaya kembali ke EPL.

Sementara itu, nasib pengurus pasukan, Sam Allardyce, belum dapat ditentukan. Begitu juga pemain seperti Harrison.

Leeds mempunyai 31 mata daripada 38 perlawanan. Leicester menduduki tangga ke-18 dengan 34 mata, sementara Southampton di tangga terakhir hanya meraih 25 mata.







Selepas mengharungi musim mengecewakan di mana tiga pengurus berbeza memimpinnya dan ia tewas 22 daripada 38 perlawanan liga, Leicester akan beraksi dalam divisyen Championship musim depan.

Ia adalah kesudahan mengejutkan bagi pasukan yang memenangi EPL pada 2016 dan Piala FA hanya dua tahun lalu.

Leicester tersingkir walaupun menewaskan West Ham 2-1 pada hari terakhir, kerana Everton mengatasi Bournemouth.

Gol-gol jaringan Harvey Barnes dan Wout Faes tidak cukup untuk membawa juara EPL bagi musim 2015/2016 itu keluar dari tangga penyingkiran.

Penyokong kelab yang digelar ‘The Foxes’ itu terpaksa gigit jari setelah musim EPL ini menyaksikan pasukan itu hanya menang sembilan perlawanan liga.

Pengurus sementara Dean Smith menjelaskan: “Saya hanya dapat merumuskan lapan perlawanan dalam tujuh minggu yang saya ada di sini.

“Saya merasakan tugas ini memang mencabar. Keyakainan dan kepercayaan di tahap rendah.” – Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >