Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Masa sudah tamat bagi ten Hag di United?

Apr 23, 2024 | 01:05 PM



MANCHESTER: Tempoh Erik ten Hag sebagai pengurus Manchester United hampir tamat dan tidak mungkin beliau kekal di United, kata bekas penyerang Liga Perdana England (EPL) Chris Sutton.


United berjaya mara ke akhir Piala FA tetapi mereka memerlukan sepakan penalti untuk menundukkan pasukan Liga Championship, Coventry, pada 21 April.

Dengan perlawanan hanya tinggal 20 minit, United mendahului 3-0 tetapi membazirkan kedudukan itu.

Mereka sekarang menduduki tempat ketujuh liga, 16 mata kurang daripada tangga empat teratas, dan telah disingkir awal, pada peringkat kumpulan, daripada Liga Juara-Juara.

“Saya tidak tahu bagaimana ten Hag akan bangkit selepas ini,” kata Sutton kepada media.

Bekas penjaga gawang Newcastle dan Manchester City, Shay Given, bersetuju dengan pendapat Sutton dan berkata: “Ia sudah ditentukan (tempoh ten Hag sebagai pengurus United akan berakhir).”

“Keadaan nampaknya tidak bagus buat beliau – ada kalanya beliau nampaknya tidak tahu apa hendak dibuat di garisan tepi,” tambahnya.

Jaringan Scott McTominay, Harry Maguire dan Bruno Fernandes membolehkan United mengawal perlawanan.

Namun, tindakan ten Hag menggantikan pemain membuat penyokong United tertanya-tanya.

Apabila Alejandro Garnacho dan Kobbie Mainoo – pemain terserlah United musim ini – dikeluarkan padang, United mula hilang kawalan perlawanan.

“Ramai yang sedang memerhatikan penggantian ten Hag, tetapi ten Hag sendiri tidak menyangka perkara itu. Mereka sedang mengawal perlawanan tersebut,” kata Sutton.

“Mereka tidak berjaya mengawal semula perlawanan dan itulah masalah mereka musim ini,” tambahnya.

Ten Hag, yang memenangi Piala Carabao semasa tahun pertama beliau menjadi pengurus United, mengaku pasukannya bernasib baik dapat menang tetapi menekankan bahawa prestasi pasukannya tidak memalukan.

United akan menentang Manchester City dalam peringkat akhir Piala FA pada 25 Mei, ulangan final tahun lepas, yang menyaksikan City menang 2-1.

Bekas pemain Liverpool, Danny Murphy, memberitahu media sekalipun ten Hag menang Piala FA musim ini, ia tidak akan memberikan kesan pada masa depannya di United.

Menurut pakar bola sepak Simon Stone, sejak pemilik bersama United, Jim Ratcliffe, dan pengarah baru, Dave Brailsford, diumumkan, mereka telah berbincang untuk merombak semula kakitangan United.

Jason Wilcox, yang dilantik sebagai pengarah teknikal, merupakan pelantikan terbaru United, selepas United berjaya berunding dengan Southampton agar melepaskannya.

United berharap dapat khidmat Dan Ashworth sebagai pengarah sukan baru mereka tetapi belum berjaya.

Berdasarkan situasi terkini, mereka hanya akan berjaya mendapatkan perkhidmatan Ashworth pada September, apabila tempoh perpindahan sudah ditutup.

Kini, kelihatan ten Hag sedang mengalami tekanan daripada penyokong dan lembaga pengarah United.

Penyokong United masih membandingkan beliau dengan Mikel Arteta, yang berjaya memenangi Piala FA semasa tahun pertamanya menjadi pengurus Arsenal, walaupun beliau juga mengakhiri musim EPL di tempat kelapan dua kali dan di tempat kelima sebelum berjaya membina pasukan yang diinginkannya.

Kadar kemenangan ten Hag dan Arteta juga seakan-akan serupa, memberikan keyakinan tambahan kepada penyokong United bahawa keadaan United sekarang tidak seteruk yang dipaparkan di media. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >