Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Cabaran sukar bagi NZ pertahan gelaran SVNS di S’pura

Cabutan undi letak Kiwi dalam Kumpulan A bersama pendahulu liga Argentina, Australia dan Canada
Apr 19, 2024 | 03:08 PM



Baru dinobat sebagai juara SVNS Hongkong pada April, New Zealand berharap dapat meneruskan rentak kemenangan itu apabila mempertahankan gelaran SVNS Singapura mereka. 

Namun, pasukan Kiwi itu, yang memenangi edisi 2023 setelah menewaskan Argentina 19-17 dalam perlawanan akhir, tidak akan mempunyai laluan mudah – cabutan undi meletakkan mereka dalam kumpulan sukar bagi pertandingan dari 3 hingga 5 Mei di Stadium Negara.

Dalam cabutan undi di Jewel Lapangan Terbang Changi pada 18 April, New Zealand diundi dalam Kumpulan A bersama pendahulu liga Argentina, Australia dan Canada, lapor The Straits Times.


Perancis, yang menaiki podium dalam tiga acara terakhir, ditempatkan dalam Kumpulan B bersama Afrika Selatan, Sepanyol dan Samoa.

Kumpulan C terdiri daripada juara dua kali Sukan Olimpik Fiji, Ireland, Amerika Syarikat dan Britain.

Juara liga musim biasa HSBC SVNS, yang sebelum ini dikenali sebagai Siri Ragbi Tujuh Sepasukan Dunia, akan dinobatkan di Singapura.

Kejuaraan di Singapura adalah pusingan ketujuh dan terakhir sebelum grand final di Madrid, yang akan menampilkan lapan pasukan teratas.

Argentina, dengan 94 mata, mendahului persaingan pasukan lelaki dengan kelebihan lapan mata daripada pasukan di tempat kedua, Ireland, selepas tiga kemenangan dalam enam acara.

Fiji pula di tempat ketiga dengan 76 mata.

Perancis (74 mata) di tempat keempat, satu mata di hadapan pasukan Kiwi, manakala Australia (69 mata), Afrika Selatan (58 mata) dan Amerika (44 mata) melengkapkan kelompok lapan pasukan teratas.

Pengurus besar Ragbi Tujuh Sepasukan Dunia, Sam Pinder, berkata: “(Cabutan undi) menghasilkan beberapa perlawanan yang benar-benar mengujakan.

“Kita boleh menjangka perlawanan sengit dan mendebarkan, dengan pemain berjuang mati-matian – terutamanya dengan Argentina dan Ireland bertarung untuk menggondol gelaran juara lelaki dalam pusingan kumpulan yang tampak sukar.”

Perebutan kejuaraan liga wanita juga akan ditentukan di Singapura, dengan New Zealand dan Australia terikat di tangga teratas dengan 106 mata.

New Zealand berada dalam Kumpulan A bersama Canada, Ireland dan Sepanyol.

Australia mempunyai Fiji, Britain dan Brazil dalam Kumpulan C.

Kumpulan B dianggotai Perancis, yang menduduki tangga ketiga dengan 88 mata, Amerika, Jepun dan Afrika Selatan.

Pinder berkata: “Ini adalah kali pertama kami menggabungkan kejohanan di seluruh SVNS dan ia sangat hebat.

“Atlet wanita yang bermain di jelajah tujuh sepasukan ini memang luar biasa.

“Menjelang Sukan Olimpik, ia sangat kompetitif, dan jelas sekali pasukan New Zealand dan Australia mendahului dari atas.

“Perebutan gelaran di Singapura akan menjadi satu pertarungan yang hebat.’




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >