Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Arne Slot muncul sebagai calon utama ganti Klopp

Apr 24, 2024 | 12:49 PM



LONDON: Menurut laporan media Britain, pengurus kelab Feyenoord, Arne Slot, muncul sebagai calon utama untuk menggantikan tempat Jurgen Klopp sebagai pengurus Liverpool.


Pengurus berusia 45 tahun itu telah membimbing Feyenoord untuk mendapatkan piala liga pertama mereka dalam enam tahun dan telah memenangi Piala Belanda pada 21 April.

Beliau juga merupakan calon utama untuk menjadi pengurus Tottenham tahun lepas, sebelum beliau menarik diri.

Pihak media melaporkan bahawa rekod beliau menjadikan pemain lebih baik dan gaya bola sepak rentak pantas beliau, yang tidak begitu berbeza dengan gaya bola sepak Klopp, merupakan tarikan utama Slot kepada lembaga Liverpool.

Namun, Liverpool perlu bertanding dengan Bayern Munich dan Barcelona, yang juga sedang mencari pengurus baru untuk musim depan.

Pengurus Bayer Leverkusen, Xabi Alonso, merupakan calon utama Liverpool sebelum beliau membuat keputusan untuk kekal di Leverkusen selepas beliau berjaya membimbing mereka ke trofi Bundesliga pertama mereka dalam sejarah.

Pengurus Sporting Lisbon, Ruben Amorim, juga dikaitkan dengan jawatan pengurus Liverpool tetapi beliau telah dilaporkan berbincang dengan West Ham pada 21 April untuk menggantikan tempat David Moyes musim depan.

Klopp hanya mempunyai baki lima perlawanan sebagai pengurus Liverpool.

Beliau telah mengubah nasib Liverpool sejak beliau berada di sana dan memenangi Liga Perdana England (EPL) merupakan cara yang terbaik untuk beliau tinggalkan kelab tersebut. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >