Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Vivian: PM Lee beri S’pura kredibiliti di pentas dunia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian: PM Lee beri S’pura kredibiliti di pentas dunia

Laksanakan dasar ehwal luar berdasarkan realisme, ketekalan, sikap membina, muhibah dan amanah
Apr 18, 2024 | 05:04 PM



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan reputasi beliau telah membuka banyak pintu peluang bagi Singapura, termasuk di arena antarabangsa, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Melahirkan penghargaannya kepada Encik Lee dalam satu wawancara media di akhir lawatan rasmi beliau ke Filipina pada 18 April, Dr Balakrishnan berkata Encik Lee telah memberi Singapura kredibiliti, dan juga gaya beliau dalam melaksanakan dasar ehwal luar berdasarkan realisme, ketekalan, sikap membina, muhibah dan amanah.

Kesemua itu telah menjadi ciri dasar ehwal luar Singapura, tambah Dr Balakrishnan.

“Di peringkat antarabangsa, saya juga harus mengatakan bahawa Perdana Menteri Lee terus mengibarkan bendera Singapura dengan sangat tinggi.

“Saya hadir di hampir kesemua mesyuarat beliau bersama para pemimpin. Saya sentiasa terpegun dengan betapa banyak orang mahu mendengar, bertanya serta mendapatkan nasihat daripada kebijaksanaan dan pengalaman beliau,” kata Dr Balakrishnan.

Penghargaan yang dilahirkan Dr Balakrishnan itu menyusuli pengumuman 15 April oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) bahawa Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan memimpin Singapura sebagai Perdana Menteri mulai 15 Mei, mengambil alih jawatan itu daripada Encik Lee.

Dr Balakrishnan berkata ia merupakan satu peluang yang jarang berlaku dan sekali dalam seumur hidup untuk bekerja bersama seorang individu yang berkuasa besar dari segi intelek, terpelajar, memiliki minat yang luas, sentiasa ingin tahu, namun berdisiplin, didorong oleh data, dan tertumpu pada fakta dan logik.

Yang lebih penting, tambah beliau, Encik Lee “didorong oleh rasa tanggungjawab, misi dan belas kasihan yang sangat kuat”.

“Oleh itu, bagi saya, ia adalah satu perjalanan yang luar biasa, dan seperti rakyat Singapura yang lain, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri Lee dan saya menanti-nantikan sumbangan beliau dalam fasa baru ini,” kata Dr Balakrishnan.

Dr Balakrishnan turut menjawab beberapa soalan mengenai hubungan antara Singapura dengan Filipina dan juga peluang yang boleh direbut kedua-dua negara.

Dalam perniagaan, misalnya, beliau berkata kedua-dua Singapura dan Filipina saling mempunyai kepentingan yang ketara.

Contohnya, Singapura merupakan antara pelabur asing terbesar di Filipina sejak beberapa tahun lalu, dengan syarikat dan jenama negara ini seperti BreadTalk dan Love, Bonito, berkembang maju di sana.

Sementara itu, terdapat jenama Filipina seperti Sumifru dan Jollibee yang dikenali ramai di sini, dan juga syarikat seperti Aboitiz - yang tertumpu pada kecerdasan buatan (AI) dan sains data - yang telah menubuhkan sebuah unit di Singapura.

Dr Balakrishnan berkata Singapura kini bekerjasama dengan Filipina agar mereka dapat membentuk pasaran kredit karbon yang akan sediakan peluang baru sedang Filipina juga mengubah ekonominya menjadi lebih hijau.

Antara lain, Singapura juga berminat bekerjasama dengan Filipina dalam bidang tenaga boleh diperbaharui dan Grid Kuasa Asean.

“Kami sedang membina hubungan diplomatik yang sangat rapat selama 55 tahun. Kami bersedia memanfaatkan peluang ekonomi yang Filipina berada di ambang untuk mengeksploitasi secara besar-besaran.

“Di peringkat rakyat-ke-rakyat dan di peringkat korporat syarikat-ke-syarikat, semua ini menunjukkan prestasi yang sangat baik,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >