Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Timbalan Ketua Eksekutif baru Mendaki mulai 1 Mei

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Timbalan Ketua Eksekutif baru Mendaki mulai 1 Mei

Apr 19, 2024 | 03:34 PM



Yayasan Mendaki akan mempunyai seorang Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (DCE) baru mulai 1 Mei.

Menyatakan demikian dalam satu hantaran di Facebook, Mendaki berkata Dr Noraslinda Zuber bakal menggantikan Cik Aidaroyani Adam.

Kededua mereka berusia 50 tahun.

Dalam hantaran di media sosial itu, Dr Noraslinda berkata beliau akan menyertai program (Mendaki) untuk memahami dengan lebih baik selain bertemu para penerima bantuan.

“Aida (royani) meninggalkan peranan yang besar untuk diisi.

“Saya akan sertai program-program (Mendaki) untuk lebih memahami, dan bertemu penerima bantuan, sukarelawan serta rakan kerjasama.

“Kami akan teruskan kerja dan maju dengan masyarakat sebagai Masyarakat Gemilang,” katanya.

Sebelum ini Dr Noraslinda merupakan Pengarah di Pejabat Inovasi dan Transformasi, Kumpulan Pembangunan Korporat di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).

Dr Noraslinda mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam sumber manusia (HR), bimbingan dan permentoran di pelbagai agensi termasuk Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Beliau akan menyertai Mendaki selepas dipinjamkan daripada Perkhidmatan Awam Singapura selama tiga tahun.

Sementara itu, Cik Aidaroyani dalam hantaran di Facebook Mendaki pula berkata beliau masih ingat kerjasama dengan ibu bapa dan kanak-kanak dari dua blok di Boon Lay semasa beliau menjadi pegawai penyelidik.

“Sebagai pegawai penyelidik, amat seronok dapat ke rumah (penduduk) dan mempelawa ibu bapa serta anak-anak prasekolah untuk mengambil bahagian dalam projek perintis.

“Terima kasih kepada mereka, kini kami mempunyai KelasMateMatika (KMM).

“Apa yang seronok ialah ketika itu saya hamil anak kedua saya dan kini beliau sudah berusia 21 tahun!” katanya.

Cik Aidaroyani menambah bahawa sepanjang lebih dua dekad ini merupakan masa yang bermanfaat dan beliau rasa bertuah kerana dapat menyumbang khidmat kepada masyarakat.

Beliau bermula sebagai seorang pegawai eksekutif Penyelidikan dan Pembangunan Mendaki pada September 1996.

Sepanjang masa di Mendaki, beliau telah memimpin pelbagai inisiatif dalam usaha memperbaiki kelakonan akademik masyarakat Melayu/Islam.

“Saya berterima kasih kerana Dr Noraslinda Zuber kini sertai kami untuk memimpin,” tambah Cik Aidaroyani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >