Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Tawar khidmat korban harga berpatutan bantu anak yatim

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ATTAWASOL INSANIY

Tawar khidmat korban harga berpatutan bantu anak yatim

Apr 27, 2024 | 02:48 PM



Attawasol Insaniy yang diasaskan anak jati Singapura, Ustaz Dr Leyaket Ali Mohamed Omar dan bertempat di Madrasah Al-Khairiah, mampu menyediakan pakej korban dengan harga berpatutan. Tanpa perantaraan atau pihak ketiga bagi setiap pakej korban, syarikat ini menawarkan haiwan ternakannya sendiri dari kandang yang dimiliki di Indonesia.

PT Attawasol Insaniy Indonesia mempunyai sebuah anak syarikat penternakan dan tiga ladang ternakan di Jawa Tengah yang bekerjasama dengannya. Secara keseluruhan, ia mempunyai persiapan lebih 3,500 kambing untuk acara korban.

Di samping itu, Ustaz Dr Leyaket juga mengasuh dan mengadakan tempat berteduh, Panti Asuhan Daarut Taqwa, bagi lebih 180 anak-anak yang tidak mempunyai waris, di Yogyakarta, Indonesia. Ini termasuk lebih kurang 30 daripadanya adalah bayi yang tidak mempunyai ibu atau bapa.

Beliau telah mengadakan pelbagai usaha untuk kehidupan dan pendidikan harian penghuni rumah anak yatim ini.

Ibadah korban adalah antara usaha murni yang diusahakan syarikat ini.

“Dengan harga $170 bagi setiap ekor kambing, anda yang menjalankan ibadah korban bersama kami akan membiayai anak-anak yatim ini, dan tidak hanya itu, dengan harga tersebut ia termasuk sijil atas nama sohibul korban berserta gambar yang dihantar melalui pos. Kami juga akan adakan ‘Majlis Khataman Al-Quran 30 Juz’ yang khas berserta doa selamat untuk semua nama peserta yang menjalankan ibadah korban bersama kami,” jelas Ustaz Dr Leyaket, yang sudah lebih 19 tahun berpengalaman dalam acara ibadah korban.


Syarikat Attawasol Insaniy menjalankan semua kegiatannya dengan pemantauan secara langsung.

Beliau menambah, “Kami mempunyai pasukan sendiri dari Singapura dan di Indonesia, jadi kami tidak menyerahkan amanah ini kepada pembekal, kenalan atau orang yang ingin meraih keuntungan.

“Kami juga tidak mengadakan korban di negara-negara lain yang kami tidak berada di situ. Di sini adalah tumpuan kami, saya jamin ibadah dan amanah anda dijalankan secara terbaik.”

Ustaz Dr Leyaket memberi jaminan bahawa semua tempahan yang diterima akan ditangani sendiri olehnya yang turut berada di Indonesia untuk persiapan ibadah korban pada tahun ini.

Jelasnya lagi, “Kami bekerjasama rapat langsung dengan pemerintah, jadi semua agihan daging adalah daripada data penduduk yang mereka sarankan kepada kami. Ini sesuai dengan kontrak Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani Attawasol Insaniy dengan Datuk Bandar (Bupati) Yogyakarta demi memastikan ibadah korban dijalankan sepenuhnya di Jawa Tengah dengan pengetahuan pihak pemerintah daerah dan tokoh masyarakat Jawa Tengah.”

BUAT TEMPAHAN IBADAH KORBAN


Orang ramai yang berminat membuat tempahan khidmat korban, akikah atau nazar bersama Attawasol Insaniy boleh melakukannya melalui beberapa wadah.

Mereka boleh mendaftar secara peribadi di beberapa tempat seperti pejabat Attawasol Insaniy di Madrasah Khairiah di 152, Still Road; di Blok 42 Shubby Sweets Bakery di Chai Chee (belakang Masjid Ansar) atau di Goldmas Jewellery di 103 Arab Street.

Bagi yang berminat mendaftar dalam talian boleh melungsuri https://bit.ly/attawasolqurban2024 atau melalui aplikasi WhatsApp ke talian 9027-3547, 9272-9132, atau 8874-8848, dengan pengisian nama ‘sohibul korban’ dan alamat lengkap disertai bukti transaksi pembayaran.

Khidmat pengambilan dari rumah tanpa caj juga disediakan dengan menghubungi talian 8874-8848.

Tarikh terakhir tempahan bagi korban ialah pada Hari Raya Aidiladha, 17 Jun, 12 tengah hari. Tiada tarikh akhir untuk akikah dan nazar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >