Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

KELUARAN KHAS: ATTAWASOL INSANIY

Ternak kambing di Jawa permudah ibadah korban

Jun 25, 2021 | 05:30 AM



SETELAH memberi khidmat dan sokongan dalam ibadah korban selama 16 tahun, syarikatnya telah membeli sebuah ladang sendiri di Jawa Tengah pada 2016 lantas membantu mengurangkan kos ibadah korban dan akikah bagi warga Singapura yang berminat.



Kontrak Memorandum Persefahaman (MOU) telah ditandatangani Attawasol Insaniy dengan Datuk Bandar (Bupati) Yogyakarta untuk memastikan ibadah korban dijalankan sepenuhnya di Jawa Tengah dengan pengetahuan pihak pemerintah daerah dan tokoh masyarakat Jawa Tengah.



Ini juga adalah untuk pemilihan penerima daging ditentukan oleh pemerintah daerah yang lebih mengetahui para penduduk kampung yang layak menerima, termasuk rumah anak yatim, pelajar tahfiz dan pesantren di sina.



Menurut Pengasas Attawasol Insaniy, Ustaz Dr Leyaket Ali, syarikat ini kini mempunyai sebuah anak syarikat penternakan, Attawasol Farm, di Jawa Tengah yang mempunyai lebih 3,500 ekor kambing.



"Di Singapura mereka bertapak di Madrasah Al-Khairiah, memandangkan kandang ini milik anak jati Singapura, Attawasol Insaniy mampu menyediakan harga tanpa perantaraan yang rendah untuk setiap kambing dari kambing ternakan mereka sendiri," jelas Ustaz Dr Leyaket.



Beliau menambah, harga tersebut termasuk sijil beserta gambar kambing korban, akikah atau nazar yang dihantar melalui pos dan Majlis Khataman Al-Qur'an 30 juz yang khas beserta doa selamat untuk semua nama-nama peserta yang menjalankan Ibadah Korban bersama mereka.



Penggembala dan penjaga kambing adalah orang-orang tempatan yang digajikan.



Tetapi, pada kebiasaan tahun-tahun lepas, kata Ustaz Dr Leyaket, setiap musim korban biasanya yang menjadi sukarelawan membantu dalam ibadah ini adalah pelajar-pelajar dari beberapa tempat di Indonesia dan Singapura.



Namun disebabkan oleh pandemik Covid-19 beberapa tahun ini, orang- orang dari Singapura tidak dapat hadir bersama.



Namun, Ustaz Dr Leyaket telah pun berada di Attawasol Farm dan sedang membuat persiapan-persiapan tertentu untuk pastikan semuanya berjalan dengan lancar.



"Kami menjalankan semua kegiatan kami dengan pantauan secara langsung. Kami tidak menyerahkan amanah ini kepada pembekal atau kenalan.



"Kami juga tidak mengadakan korban di mana-mana tempat yang lain. Ini adalah tumpuan kami. Kami berikan hanya yang terbaik. Kami akan memastikan keberadaan kami di padang nanti untuk memastikan penyembelihan, pengagihan yang lengkap dengan keinginan syariat Islam dan juga kesempurnaan ibadah korban sesuai dengan peraturan ketat Covid-19 yang dikenakan di sini," janjinya.



Menurut Ustaz Dr Leyaket, saban tahun, di atas kepercayaan dan kesungguhan mereka untuk memberi khidmat yang terbaik, ada peningkatan yang banyak dari tahun sebelumnya.



Harga tidak berubah dari sejak lima tahun lalu iaitu $170 seekor kambing.



"Kami juga memberikan promosi khas untuk keluarga berlima dengan potongan $50. Jadi mereka hanya membayar $800 untuk lima ekor, bukan $850," ujar Ustaz Dr Leyaket tentang promosi terbaru.




TEMPAH KHIDMAT KORBAN



Orang ramai yang berminat membuat tempahan khidmat korban, akikah atau nazar bersama Attawasol Insaniy boleh melakukannya melalui beberapa wadah.



Daftar secara peribadi di beberapa lokasi seperti:



- Pejabat Attawasol Insaniy di Madrasah Khairiah (152, Still Rd),



- Blk 42 Shubby Sweets Bakery di Chai Chee (Belakang Masjid Ansar)



- Goldmas Jewellery cawangan Tanjong Katong Complex (YOKOSO) atau 103 Arab Street.



- Pendaftaran dalam talian boleh lungsuri www.bit.ly/aikorban atau melalui:



- Aplikasi Whatsapp: Sila berikan nama peserta, nama sohibul korban dan alamat beserta bukti pembayaran ke nombor hp 9272-9132 atau 9027-3547 atau 9272-9132, atau 8874-8848.



- Pemindahan wang melalui Bank: PayNow: T17LL0787E



Akaun Semasa OCBC: 6421-4943-9001



- Cek atas nama 'Attawasol Insaniy LLP'



- Khidmat pengambilan dari rumah juga disediakan dengan menghubungi HP 8874-8848.



Tarikh terakhir tempahan untuk korban adalah pada Hari Raya Aidiladha iaitu 20 Julai jam 12 tengah hari. Tiada tarikh akhir untuk akikah dan nazar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >