Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Tawar harga lelong langsung kepada pengunjung bazar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOTOHI CARPET GALLERY

Tawar harga lelong langsung kepada pengunjung bazar

Mar 29, 2024 | 05:30 AM



Bagi menambah kemeriahan bazar Raya yang berlangsung pada 2024 ini, Fotohi Carpet Gallery menawarkan harga durian runtuh kepada semua pembeli. Pengunjung yang hadir di perkarangan Bazar Bedok dan Our Tampines Hub (OTH) Central Plaza, bakal menikmati harga istimewa untuk pembelian permaidani daripada syarikat tersebut.

Pada 17 Mac lalu, pemilik Fotohi Carpet, Encik Reza Fotohi, turun padang di Bazar Bedok untuk melelong permaidani kepada para peminat yang ingin menambah koleksi permaidani baru sempena sambutan Hari Raya dua minggu lagi.

“Harga memang tidak masuk akal. Kami tawarkan harga sangat berbaloi kepada pengunjung bazar semasa acara ‘Live Carpet Lelong’. Contohnya, harga biasa permaidani ruang tamu bersaiz 160 x 230 meter ialah $238, tetapi ia dilelong dengan harga serendah $100 sahaja. Kalau anda tidak datang, memang rugi!” kata Encik Reza yang sinonim dengan gelaran Raja Lelong itu.

Bagi pengunjung yang tidak berpeluang menyaksikan acara lelong di Bazar Bedok tempoh hari, anda boleh hadir di ‘Live’ Carpet Lelong Fotohi Carpet Gallery di Bazar Raya OTH Central Plaza pada 6 April.

Selain mengadakan jualan di dua tempat berbeza, penggemar permaidani juga boleh mengunjungi bilik pameran di Fotohi Carpet di Guthrie Building.

Menurut Encik Reza, Fotohi Carpet sangat mengikut trend permaidani terkini. Daripada permaidani buatan tangan kepada permaidani buatan mesin, Fotohi Carpet menyediakan pelbagai jenis saiz, mutu serta rekaan eksklusif baru dan antik, yang tiada tandingan untuk pengumpul permaidani di Singapura.


Antaranya, Fotohi Carpet menawarkan permaidani koleksi Isfahan, suatu gaya rekaan klasik unggul dan praktikal kepada pengguna. Bersama dengan 10 jenis warna menarik, koleksi ini tampak sungguh mewah, dengan harga berpatutan dan senang dijaga serta boleh dibasuh dengan mudah.


Encik Reza turut menjelaskan: “Untuk mendapatkan koleksi permaidani yang lebih rencam, pembeli boleh terus sahaja datang ke kedai kami. Harga berpatutan daripada sumber kilang, dan terus kepada pengguna. Keutamaan kami adalah memberi perkhidmatan terbaik kepada setiap pelanggan Fotohi Carpet. Kami juga berbesar hati untuk berkhidmat kepada anda.”

SEKILAS


– Kunjungi Fotohi Carpet Gallery dari 11 pagi hingga 8 malam di alamat 150 Changi Road #01-04 Guthrie Building Singapura 419973.

– Hubungi talian 6735-1578 atau WhatsApp ke talian +65967-92834 untuk pertanyaan.

– Anda boleh e-mel kepada sales@fotohicarpet.com bagi mendapatkan maklumat selanjutnya.

– Ikuti laman sosial @fotohicarpetgallery di Instagram atau Facebook untuk mendapatkan perkembangan terkini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >