Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Sumbang kembali kepada masyarakat menerusi Projek Ihsan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sumbang kembali kepada masyarakat menerusi Projek Ihsan

Apr 01, 2024 | 01:06 PM



Menggalak warga Singapura untuk menyumbang kembali kepada masyarakat menerusi pemberian keperluan Hari Raya kepada golongan memerlukan.

Itulah yang diharapkan menerusi kempen Projek Ihsan yang masuk tahun kelapan di mana masyarakat setempat sama-sama menyinsing lengan sempena Lebaran yang bakal menjelang.

Kali ini pasukan Projek Ihsan bekerjasama dengan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Tampines Central untuk menjayakan inisiatif tersebut.

Sepanjang lapan tahun ini (sejak 2017) kempen mengumpul sumbangan di bawah Projek Ihsan dilakukan sepanjang beberapa hari – tidak kira dalam bentuk barangan atau kewangan – dalam usaha membantu sehingga 500 keluarga di Singapura.

Terkini, kempen mengumpul dan menyampaikan sumbangan tersebut berlangsung pada 29 hingga 31 Mac di Our Tampines Hub (OTH).

Pengerusi Projek Ihsan, Encik Ramlan Dollah, berkata tahun ini menyaksikan jumlah habuan yang diterima setiap keluarga meningkat.

“Saya anggarkan nilai habuan tersebut mencecah sekitar $150 – mengandungi barangan seprti beras, minyak, gula, biskut. tepung, kopi, Milo, susu dan lain-lain lagi.

“Ia hasil sumbangan para penaja dan individu yang tampil untuk sama-sama menyumbang,” katanya.

Menurutnya pihaknya mendapat sokongan sekitar 35 sukarelawan yang turut serta sepanjang tiga hari itu – termasuk mengumpul dan membungkus pada 29 dan 30 Mac, dan mengagihkan habuan pada 31 Mac.

Acara mengumpul dan membungkus sumbangan pada 30 Mac, turut dihadiri Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon, bersama para penaja dan sukarelawan.

Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim; dan Anggota Parlimen (GRC Pasir Ris-Punggol) Encik Shahrael Taha pula hadir untuk menyampaikan habuan kepada penerima bantuan pada 31 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >