Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

SAF akan mula berlatih di Bandar Safti Fasa 1

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAF akan mula berlatih di Bandar Safti Fasa 1

Feb 28, 2024 | 08:59 PM



Anggota kerahan akan mula berlatih di Bandar Safti Fasa 1, bersama-sama tiga Litar Medan Tempur Diperalatkan (iBAC) pada 2024, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.

Menurut Dr Ng, ini adalah wadah latihan yang baik kerana anggota kerahan dapat menilai prestasi mereka selepas latihan melalui rakaman video dan membaiki mana-mana aspek yang perlu diperbaik.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada pertanyaan Encik Henry Kwek (SMC Kebun Baru) semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 28 Februari.

Encik Kwek mengajukan soalan berkenaan perkembangan pelan transformasi Generasi Selanjutnya bagi Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Dr Ng menjelaskan: “Kami telah membuat pelaburan besar dalam membina infrastruktur untuk melatih anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) dan Anggota Tetap… dengan Bandar Safti Fasa 1, bersama tiga iBAC.”

Sehubungan itu, Mindef dalam satu kenyataan susulan, menyatakan Litar Gempur Bandar Murai (MUBC) – meliputi Kemudahan Latihan Bandar Murai (MUTF) sedia ada dan merupakan salah satu daripada tiga iBAC – akan menampilkan latihan lebih realistik untuk anggota kerahan dengan pengerahan Sistem Pengawalan Latihan atau Exercise Control System (Excon).


Kenyataan itu menambah Excon akan digunakan untuk merancang, memantau, mengawal kegiatan latihan dan menyokong taklimat latihan.

Antara lain, sistem tersebut akan meliputi penggunaan sistem sasaran dan Simulator Kesan Medan Tempur (BES) untuk membantu anggota kerahan berlatih secara realistik, jelas Mindef.

Ini berbanding simulasi senario gempur melalui isyarat lisan daripada pelatih atau penggunaan piroteknik yang digunakan pada waktu ini.

“(Excon) berhubungan tanpa wayar dengan sistem sasaran dan simulator kesan medan perang melalui Pengawal Universal yang digunakan untuk mengawal peranti (semasa) latihan. Data latihan iBAC akan disimpan dalam Excon,” jelas Mindef.

Dalam laporan Berita Harian (BH) pada Julai 2019, Bandar Safti akan menampilkan teknologi pintar seperti sasaran yang boleh “menembak kembali” ke arah tentera yang sedang berlatih selain dapat mencapai keadaan realistik di medan pertempuran dengan penggunaan asap dan bunyi tembakan kuat.


Antara teknologi pintar tersebut, tambah kenyataan Mindef, adalah Sasaran Statik 2 Dimensi (2D) berupa Manusia yang dapat bergerak dengan pantas untuk memberi simulasi ‘pertempuran’ mengejut.

Mindef menjelaskan: “Ia direka untuk menyediakan fleksibiliti bagi dikerahkan dalam ruang terbatas dan boleh meniru haba badan.

“Ini membenarkan anggota tentera untuk melatih kebolehan mereka bagi mengesan haba badan sasaran dengan Peralatan Tempur Malam (NFE).”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >