Setelah sekian lama menyepi, Hafiz Suip, muncul sekali lagi dengan balada terbarunya, Terus Bersinar, yang kembali meletakkan namanya di bibir peminat.
Mungkin ramai yang mentafsirkan lirik lagu itu sebagai kisah hubungan sepasang kekasih yang melalui pelbagai onak duri kerana ia seakan meratap pemergian orang yang dicintai.