Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pesawat SAF kembali ke S’pura selepas misi kemanusiaan di Gaza

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesawat SAF kembali ke S’pura selepas misi kemanusiaan di Gaza

Apr 02, 2024 | 09:24 PM



Pesawat pengangkutan C-130 Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah kembali daripada kerahan dua minggunya di Jordan, selepas selesai penghantaran kemanusiaan ketiga Singapura serta menjalankan operasi menggugurkan bantuan kemanusiaan dari udara di Gaza.

Kru misi SAF itu telah disambut Panglima Tentera Udara Brigedier Jeneral (BG) Kelvin Fan, bersama keluarga kru dan pegawai kanan SAF, dalam satu majlis yang berlangsung di Pangkalan Udara Paya Lebar pada 2 April.

Pesawat C-130 dan kru misi daripada Tentera Udara Republik Singapura (RSAF)  dan Tentera Singapura menjalankan operasi menggugurkan bantuan kemanusiaan dari udara, yang dimulakan di Amman, Jordan, dengan kerjasama Angkatan Udara Diraja Jordan.

Semasa kerahan itu, lebih 20 tan bekalan makanan yang sejajar dengan lebih 59,000 sajian, telah digugurkan menerusi operasi menggugurkan dari udara di Gaza.

Makanan-makanan yang digugurkan itu disumbang SAF serta pertubuhan bukan pemerintah seperti Relief Singapore dan Caritas Humanitarian Aid & Relief Initiative Singapore, dan turut merangkumi sedikit bekalan daripada pihak Jordan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >