Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Badan amal S’pura hantar bantuan makanan AS$100,000 ke Gaza

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Badan amal S’pura hantar bantuan makanan AS$100,000 ke Gaza

Mar 31, 2024 | 04:26 PM



Selepas menghantar 40 tan makanan dan bantuan lain kepada mangsa krisis Gaza pada penghujung Mac, sebuah badan kebajikan Singapura berusaha mengumpul dana bagi bantuan selanjutnya di tengah-tengah kebimbangan kebuluran yang kian berleluasa di zon perang.

Dalam satu kenyataan media pada 30 Mac, Humanity Matters, sebuah kumpulan silang agama, berkata ia telah mengumpulkan 36 tan makanan ruji – bernilai AS$100,000 ($135,000) – di ibu negara Jordan, Amman.

Sebahagian besar bantuan makanan – sekitar 25 tan secara keseluruhan – telah dikirimkan menerusi lapangan udara pada 27 Mac dan 28 Mac di kawasan Gaza yang dilanda perang.

Baki 11 tan makanan pula sedang dihantar melalui darat, menerusi persimpangan Kerem Shalom di sempadan yang melintasi Jaluran Gaza, Israel dan Mesir.

Empat tan bantuan berupa 5,000 pek ‘Kidz Comfort’ yang mengandungi bantal dan vitamin ‘gummies’ untuk kanak-kanak sudah pun dikirimkan melalui perjalanan laut pada 20 Mac dan dijangka sampai ke pelabuhan Aqaba di Jordan pada 4 April – seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri kata kenyataan itu.

Pek keselesaan ini juga mengandungi botol air, makanan ringan dan bebola bagi menangani tekanan atau ‘stress ball’.

Pek itu secara keseluruhannya bernilai $100,000. Seramai 300 pemimpin belia dan pelajar di Singapura menyiapkan barangan bagi pek itu pada 9 Mac lalu. Sejak 8 Mac, Humanity Matters telah menerima ikrar dan derma lebih $350,000 dan telah mengirimkan hampir $250,000 sebagai bantuan ke daerah yang dilanda perang di Gaza.

Humanity Matters menambah ia bekerjasama dengan Badan Amal Hashemite Jordan untuk menyampaikan bantuan ke Gaza. Kumpulan kebajikan dari Jordan itu juga telah memberikan bantuan kepada kawasan yang dilanda konflik di Palestin, Syria dan Iraq.

Kenyataan itu berkata: “Kedua-dua pertubuhan kemanusiaan bukan pemerintah itu bekerja dengan gigih bagi membantu menangani kekurangan makanan yang dahsyat di Gaza dan seiringan dengan itu berusaha membantu mewujudkan rangkaian pengagihan air untuk menyokong keperluan penghidratan dan kebersihan di sana.”

Penduduk Singapura yang berminat menghulurkan bantuan boleh menyalur sumbangan di sesi kutipan dana serata Singapura pada 7 April, anjuran Humanity Matters.

Timbalan Pengerusi Humanity Matters, Encik Gurmit Singh, berkata pihaknya berpeluang membantu orang awam Gaza hasil sokongan menggalakkan serta budi baik dan kemurahan hati rakyat Singapura.

Ia mematuhi prinsip kemanusiaan, berkecuali dan tidak berat sebelah.

Penduduk Singapura yang ingin menjadi sukarelawan pada 7 April dengan mengedarkan pelekat dengan pesanan kemanusiaan boleh mendaftar minat mereka di bit.ly/hallow24

Sumbangan kewangan juga boleh disalur menerusi PayNow kepada UEN: 201920766R, dengan menulis ‘Gaza Relief’ serta menyertakan maklumat untuk dihubungi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >