Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Penunggang cedera, motosikal terbakar, selepas kemalangan di BKE

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penunggang cedera, motosikal terbakar, selepas kemalangan di BKE

Apr 02, 2024 | 06:39 PM



Seorang penunggang motosikal cedera sementara sebuah motosikal terbakar menyusuli satu kemalangan melibatkan tiga kenderaan yang berlaku semasa waktu sibuk pada 2 April.

Jurucakap polis memberitahu Berita Harian (BH) bahawa ia telah dimaklumkan tentang satu kemalangan yang berlaku pada 2 April sekitar 9.10 pagi.


Nahas itu melibatkan sebuah kereta, van dan motosikal di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) menuju ke Ekspreswe Rentas Pulau (PIE).

Jurucakap polis berkata seorang penunggang lelaki berusia 26 tahun telah dihantar ke hospital dalam keadaan sedar.

Seorang lelaki berusia 73 tahun yang memandu kereta itu kini sedang membantu siasatan polis.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata, pihaknya diberitahu tentang satu kebakaran di BKE menuju ke PIE sebelum laluan keluar ke Bukit Panjang.

Kebakaran itu melibatkan sebuah motosikal. Kebakaran berjaya dipadamkan, kata SCDF.

“SCDF telah menghantar seorang (mangsa) ke Hospital Universiti Nasional (NUH).

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” tambah SCDF.

Seorang saksi nahas yang menyumbang maklumat berserta gambar kebakaran itu kepada wadah mata-mata, Cik Nur Shafeeqah Kwee, 25 tahun, berkata yang beliau sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Woodlands untuk ke pejabat di Pasir Panjang Road, pada 9.15 pagi apabila beliau ternampak asap berkepul-kepul di ruang udara.


Namun, beliau tidak pasti dari mana datangnya.

Ibunya yang memandu di laluan paling kanan terpaksa melencongkan kenderaan ke lorong sebelah kiri.

“Dari jarak kira-kira 70 meter, saya nampak asap yang mulanya berwarna putih berubah menjadi semakin hitam. Saya ingat ia hanya kemalangan biasa.

“Tapi apabila kami kian menghampiri lokasi kejadian, saya nampak motosikal yang ‘terbaring’ dijilat api. Kami buka tingkap dan terasa bahangnya. Bau getah membakar pun kuat.

“Saya nampak seorang lelaki terbaring di permukaan jalan raya dengan dua orang lelaki lain cuba bercakap di sisinya.

“Ada seorang pemandu kereta lain bergegas mengeluarkan alat pemadam api dari dalam keretanya untuk membantu.

“Apabila kami semakin jauh meninggalkan tempat kejadian, saya pusing ke belakang dan nampak api semakin marak... saya jadi takut... takut kalau-kalau dengan adanya minyak petrol, motosikal itu akan meletup,” kata Cik Nur Shafeeqah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >