Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pemandu 42 tahun diberkas susulan nahas ragut dua nyawa di Tampines

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu 42 tahun diberkas susulan nahas ragut dua nyawa di Tampines

Apr 24, 2024 | 06:29 PM



Seorang pemandu kereta berusia 42 tahun telah diberkas kerana memandu secara bahaya sehingga menyebabkan kematian, menurut polis dalam satu kenyataan susulan pada 24 April berkenaan nahas di persimpangan Tampines Avenue 1 dan Tampines Avenue 4 pada 22 April.

Polis pada 22 April menyatakan pemandu kereta terbabit dibawa ke hospital dan sedang membantu dalam siasatan.

Kenyataan susulan polis menjelaskan lelaki itu sudah pun keluar dari hospital pada 24 April dan lesen memandunya kini digantung serta-merta.

Polis menambah siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kemalangan tersebut melibatkan enam kenderaan dan meragut nyawa dua orang – Allahyarhamha Afifah Munirah Muhammad Azril, 17 tahun, dan Allahyarhamha Norzihan Juwahib, 57 tahun.

Dalam satu kenyataan pada 22 April, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata, ia menerima panggilan mengenai nahas tersebut pada 7.07 pagi.

Ketika kejadian, Allahyarhamha Afifah merupakan penumpang dalam kereta hitam yang terbalik sementara bapa arwah, Encik Muhammad Azril Mahmood, dikenal pasti sebagai pemandu kereta terbabit.

Ketika ditemui Berita Harian (BH) di kediaman arwah di Pasir Ris Street 71 pada 23 April, bapa mertua Encik Azril, Encik Mohamed Kassim Yusoff, mengesahkan beliau berada dalam keadaan stabil dan masih menjalani rawatan susulan di Hospital Besar Changi (CGH).


Allahyarhamha Norzihan pula adalah penumpang van syarikat First Choice Pest Control.

Ketika ditemui BH di Pusara Aman pada 23 April, rakan setugas Allahyarhamha Norzihan, Encik Azman Mohd, berkongsi bahawa impak kemalangan itu terlalu kuat hingga menyebabkan arwah tercampak ke bahagian belakang van.


Beliau berada bersama arwah dalam kenderaan milik syarikat ketika kejadian berlaku, tambahnya.

Arwah Afifah merupakan pelajar tahun pertama Maktab Rendah Temasek (TJC) manakala arwah Norzihan adalah pekerja First Choice Pest Control.

Dalam satu hantaran Facebook pada 23 April, Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, dan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, mengucapkan salam takziah kepada keluarga kededua mangsa.

Encik Shanmugam berkata ia kejadian menyayat hati dan menambah apabila seseorang memandu, “nyawa pengguna lain di jalan raya berada di dalam genggaman” pemandu tersebut.







Dalam satu laporan tahunan yang dikeluarkan Polis Trafik (TP) pada 20 Februari, 136 mangsa korban telah dilaporkan pada 2023 dek kemalangan jalan raya.

Perangkaan ini adalah 25.9 peratus lebih tinggi berbanding 108 mangsa korban pada 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >