Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pelajar Menengah 3 bakal hadiri Pendidikan Nasional NDP pada 2024, 2025

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar Menengah 3 bakal hadiri Pendidikan Nasional NDP pada 2024, 2025

Mar 18, 2024 | 03:16 PM



Pelajar yang tidak dapat menghadiri pertunjukan Pendidikan Nasional (NE) Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) akibat pandemik Covid-19 akan diundang ke acara itu pada 2024 dan 2025.

Undangan itu adalah bagi pelajar Menengah 3 semasa di institusi Kementerian Pendidikan (MOE), serta mereka yang akan melanjutkan pelajaran ke Menengah 3 pada 2025, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 18 Mac.

Pelajar itu adalah daripada kohort Darjah 5 yang tidak dapat menghadiri pertunjukan pada 2020 dan 2021 akibat sekatan yang dikenakan semasa pandemik.

Undangan akan dikirim kepada ibu bapa pelajar Menengah 3 semasa pada 20 dan 21 Mac melalui gerbang ‘Parents Gateway’ MOE untuk anak-anak mereka menghadiri salah satu daripada tiga pertunjukan NE pada 2024 – pada 6 Julai, 13 Julai atau 20 Julai.

Untuk memohon tiket, mereka perlu menyatakan minat menghadiri pertunjukan itu selewat-lewatnya pada 27 Mac.

Ibu bapa pelajar yang bakal menuntut di Menengah 3 tahun hadapan akan menerima surat mereka pada 2025.

“Sejak 1997, rancangan NE telah menjadi sebahagian penting daripada pengalaman pembelajaran kolektif NE pelajar kami.

“Pengalaman ini bertujuan meraikan kemajuan Singapura sebagai sebuah negara dan mendalami penghayatan belia kita terhadap identiti Singapura,” kata Mindef.

Pelajar dan ibu bapa boleh menghubungi sekolah atau e-mel ndp24tickets@defence.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >