Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Mendaki: Usaha tingkat pendidikan anak Melayu sumbangan terbesar PM Lee

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mendaki: Usaha tingkat pendidikan anak Melayu sumbangan terbesar PM Lee

Apr 19, 2024 | 05:12 PM



Kesungguhan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam meningkatkan tahap pendidikan anak-anak Melayu/Islam merupakan sumbangan berharga yang menjadi mangkin kepada pelbagai kemajuan yang dicapai masyarakat Melayu Singapura hari ini.

Hal itu ditekankan Yayasan Mendaki dalam penghargaannya kepada Encik Lee, menyusuli berita peralihan pimpinan yang menyaksikan pengunduran beliau pada 15 Mei.

Dalam e-melnya kepada Berita Harian (BH), Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah, berkata Encik Lee sentiasa menunjukkan minat dalam membangunkan kemajuan masyarakat Melayu.


“Mendaki berterima kasih atas sokongan yang telah diberikan oleh pemimpin mapan dalam membantu dan meningkatkan taraf pendidikan masyarakat kita.

“Encik Lee sentiasa menunjukkan minat yang mendalam dalam perkembangan serta kemajuan masyarakat kita.

“Beliau membimbing dan menyokong kemajuan masyarakat, termasuk semasa ulang tahun Mendaki yang ke-30 dan ke-40,” kongsi Cik Zuraidah.

Menurutnya, Encik Lee turut mendorong masyarakat Melayu/Islam agar terus mencapai kejayaan lebih tinggi dan melangkah lebih jauh pada sambutan ulang tahun Mendaki ke-40 pada 2022.

Galakan Encik Lee mendorong pertubuhan yang diasaskan pada 1982 itu untuk terus bekerjasama dengan agensi nasional, sukarelawan dan rakan kongsi.

Ia bagi meluaskan jangkauan program mereka dan melaksanakan pendekatan baru untuk menambah nilai kepada masyarakat.

Mengulas tentang Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, yang bakal mengambil alih jawatan perdana menteri, Cik Zuraidah berkata:

“Encik Wong juga mengenali badan-badan bantu diri sejak sekian lama selaku mantan menteri pertama di Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY).

“Skim-skim yang diperkenalkan beliau sebagai Menteri Kewangan juga telah membantu pelbagai lapisan masyarakat.

“Kami yakin akan peralihan yang lancar dalam kepimpinan pemerintah dengan tumpuan berterusan untuk meningkatkan setiap lapisan masyarakat,” ujar Cik Zuraidah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >